Mulberi
Feb 2009...

Sofea: Kat sekolah adik suka kat Firdaus.. Adik nak jadi awek dia!
Aku: What???? Apesal lak nak jadi awek dia? Adik kan kecik lagi..
Sofea: Sebab dia hensem.. Biarlahh.. adik nak jadi awek die.. Abang pon ade awek jugakkk
Aku: Mane ade abg ade awek.. Tu org saje usik2 abang laa.. Bukan betul2.. Adik dengan abg kan belajar lagi.. takmo ahh awek2 nihh.. huhuuuu
(keesokan harinye)
Sofea: Adik takmo lah jadi awek Firdaus?
Aku: Nape pulak?
Sofea: Sebab Firdaus tu nakal.. Kat sekolah suke sepak2 org..
Aku: Pulak dahhhhhh (sambil berkata dlm hati, mudahnye cinta berubahh.. heheh)

Tapi April 2009

Sofea: Sekarang kat sekolah adik suka kat Waie
Aku: Kenapa suka kat Waie?
Sofea: Sebab dia baikkkk.. Tak kacau orang..
Pastu die siap citer kat abg & abah dia, yg dia suka kat Waie tuu

Ditakdirkan pada suatu hari, aku jemput Sofea balik dari tadika. Kebetulan aku parking betul2 di belakang van sekolah yg sedang menunggu anak2 tadika masuk ke dalam van.
Dibahagian tempat duduk paling belakang van tu, ade 2 orang budak lelaki yang tengah tengok2, lambai2 kat Sofeaku.. dan sebagai anak dara Melayu yg terakhir, Sofeaku hanya tersenyum simpul pada 2 org jejaka tersebut.. Yg kelakarnya, salah sorang budak tu, siap kenyit2 mata lagi pada Sofea.. Nak pecah perut aku ketawa tgk gelagat budak2 ni..
Aku: Sape tu dik.. yg kenyit2 mata kat adik tu?? Kelakar laa..
Sofea: Tu lah Waie...
Aku: Ooooooooohhhhhhhhhhhhhhh... patut ahhhhhhh...
Dan setiap kali balik sekolah, kulihat Waie ni lah yg paling rajin melambai Sofea hingga hilang dr pandangan matanya.. Kehekehkehhh

Honestly, mmg aku pon suke tengok Waie tu.. Bukan ape.. As a mother, aku perhatikan perwatakan dia.. air muka dia..macam sangat2 confident pd diri sendiri.. Aku rase budak ni mempunyai ciri2 pemimpin dalam diri dia.. Hehee.. betull.. tak tipuuu punyerrr
Mulberi
Video ni dapat dari email.. Secara tak sengaja, mase bukak tu anak2 aku masuk bilik terr tengok skali


video

Teringat lak aku pasal video "Sajak Kematian" yang jadi kontroversi hangat suatu masa dulu. Video tu pon aku bagi anak aku tengok memandangkan dia pon teringin sangat nak tau ape yg kontroversinya sampai kat berita asik cakap psl video tu je.. Alhamdulillah reaksinya positif.. takla menakutkan spt yg digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak.

Tapi video setan yg ditunjukkan dalam video kat atas tu, agak "memberi kesan" jugak la pada anak bujang aku tu.. So skang ni dah tak susah nak kejutkan die solat subuh.. dan solatnya pula agak panjanggggg dari biase.. heheeeee..

Apepon, sememangnya kita kena sentiasa pantau ape yg anak kita tengok.. dan kalau pon nak bagi die tengok video2 yg mcm gini, dlm masa yg sama kita kena bagi explanation yg jelas supaya mereka tak tersalah tafsir mesej yang cuba disampaikan oleh video2 tersebut. Aku pon slalu ingatkan anak2, jgn pulak kita solat sebab takutkan setan.. tapi solat tu adalah tanggungjawab kita sbg muslim & sebagai tanda terima kasih kita pd ALLAH..
Mulberi
Itulah title aku sepanjang 3 minggu berturut2 ni..
Jadi Cikgu Bedah yang paling cerewet.. yang paling garang.. huhu..
Nak tau nape? Sebab anak2ku nak periksa..

Sofea- 11- 14 Mei ----> Tapi dengan dia ni, aku takla strict sangat.. Maklumla baru tadika.. Takkan la nak suruh buat revision mengadap buku latihan 1-2 jam sehari.. kehkeh.. Relax jee.. Buat latihan menulis, membaca.. sambil berseronok.. Lepas je ujian, die dah boleh membaca buku cerita Bahasa Melayu "Tikus Kampung & Tikus Bandar.. Very impressive! Walaupun ceritanya takde noktah, takde koma.. straighttt je dari awal sampai le akhir.. Pastu lak, kemaruk nak membaca buku pagi petang siang malam.. Sampaikan abg dia naik letih dengar dia baca buku yang sama berulang2 kali..hehe..

Faizeen 11-14 Mei (Ujian tilawah & hafazan) ---> Ni benar2 menguji kesabaran.. Nak kena duduk mengadap dia.. sampai kadang2 buleh terlelap.. kalau lepa jek, mule le die buat kerja lain.. Huhuu.. Nak kena tasmi' bacaan dia, that's mean kita pon kena alert dengan apa yang dia baca.. Tu belum lagi amik kira bacaan2 dalam solat.. Tp Alhamdulillah.. berkat kerajinan dia di saat2 akhir, dia kate dia merupakan salah seorg yg mendapat markah tertinggi dalam hafazan.. Setinggi mane? Wallahualam.. Aku tak tau lagi.. Tunggu je acara menandatangani report card nanti.. dan paling terharu... even banyak kali kena marah dgn aku (maklumlaa.. Cikgu Bedah!) tapi dia masih mengucapkan terima kasih pada aku sebab dah tolong dia menghafaz! Uwaaa.. nak menitik ayormato mokcik!!

Faizeen 19-22 Mei (Ujian Pertengahan Tahun Sek. Keb)---> Setakat ni dia dah biasa dengan rutin ulangkaji setiap kali nak menghadapi peperiksaan.. No TV, no games.. Tapi petang2 aku still benarkan dia keluar main dgn kawan2 dia dengan syarat masuk rumah sebelum jam 7!
Cuma bila dia buat latihtubi tu, kena gakla mak die ni meng"refresh" segala memori pembelajararan sekolah rendah dulu2 tu.. Huhu.. budak2 skang belajar advance woo.. Pastu lak Faizeen ni, dia nakkan explanation setiap soalan yang dia buat.. Maknanya aku pon kena buat revison skali! Uwaaaaa.. takleh nak relaxx.. Lebih2 lagi kalau jawapan yg dia bagi tu salah.. Bukan buleh aku senang lenang nak pangkah berpandukan skema jawapan, tanpa menyediakan penerangan jawapan yang die benar2 faham!

Faizeen lagi 25-28 Mei (Ujian bertulis KAFAT) ---> Nampaknya, aku terpaksa sediakan sendiri soalan2 latihan utk subjek2 KAFAT ni memandangkan buku2 latihan untuk KAFA mmg takde dijual di pasaran.. Jenuh aku carik seluruh JB ni.. Walaupun aku agak yakin dia mampu untuk menjawab soalan2 nanti, tapi setidak2nya aku nak dia tau, sebagai seorang ibu aku masih take part dalam usaha dia belajar mencemerlangkan dirinya sendiri..

Ape pon.... seringkali ku ingatkan anak2ku.. belajar bukan setakat untuk peperiksaan.. tapi adalah untuk kegunaan masa depan dorang jugak.. demi mengharapkan keredhaaan ALLAH..

Ya ALLAH.. jadikanlah anak2ku insan yang cemerlang dunia & akhirat.. Terangkanlah hati mereka, pimpinlah mereka ke jalanMU..

Pada cikgu2 semua.. SELAMAT HARI GURU..Terima kasih.. terima kasih.. dan terima kasih yang tidak terhingga
Mulberi
Minggu ni aku agak stress.. Mane taknya, hubby yang terlampau busy dgn keja2nya.. pagi gi keja, petang balik kejap, then keluar semula ke site office (milik kawan die plak). Malamnya aku pon tak tau bila hubby balik, sebab sejak die busy ni, aku & anak2 memang tidur awal.

Faizeen minggu depan dah start ujian tilawah & hafazan utk KAFA (Tahfiz) dia.. Jenuh nak suruh dia lancarkan bacaan & menghafaz. Dok berbuih mulut.. Dia pegang kejap Quran, pastu buat kerja lain.. main dengan Sofea la, baca buku cerita la.. main hotwheel die laa... bile dah penat, die mengelat plak nak masuk tidur cepat.. huhu.. kalau camni, sampai bila le dapat menghafaz.. sampai la semalam tahap ketensionan aku berada pd paras maksima (dia tunggang langgangkan sofa kt ruang tamu) Aku padamkan semua lampu, ambil bantal semua masuk tidur tanpa sepatah pon bercakap dgn anak2 aku.. Aku biarkan je dua beradik tu buat ape yg dorang nak.. At last dua2 datang jumpa aku, hulur tangan untuk mintak maaf.. Aku terus menangis sambil meluahkan perasaan aku pd dorang.. Tak semena2, anak2 aku pon menangis same gakk.. uwaa.. dah mcm citer dlm drama lak..

Hari ni, Faizeen balik dari sekolah bagi aku bunga beserta dgn kad.. Katanye sempena dgn Mother's Day..


Tapi yg paling aku touching dalam kad tu tertulis "Saya mohon maaf dan redhailah saya dan tolong ampunkan dosa saya.. Wassalam.. Selamat hari ibu.." Disebelahnya pulak " I Love You Mother. For You.."



Huhuuu.. Terharunyaa.. Rasa bersalah sgt sbb mengabaikan perasaan dia sebagai seorang anak.. Berdosanya aku kerana begitu mudah menyerah kalah dalam mendidik anak-anak..

Untuk Faizeen & Sofea.. andaikata satu hari nanti kalian membaca blog ini.. ketahuilah bahawa ibu sangat menyayangi kalian lebih dari nyawa ibu sendiri.. tak kira apa keadaan sekalipun.. doa ibu tetap mengiringi tiap detik perjalanan hidup kalian berdua..

Sebagai tanda penghargaan, ku letakkan bunga ni di "meja officeku"



Moga dia faham, aku sentiasa menghargainya..
Mulberi

30 April 2009, genaplah 9 tahun usia perkahwinan kami. Alhamdulillah.. masih diberi ruang & kesempatan oleh ALLAH untuk terus bernafas, menikmati setiap detik bersama keluarga yang tercinta..

Untuk abang yang always cool and calm down, terima kasih kerana sentiasa menyintai diriku..



Ya Allah,
Andai Kau berkenan, limpahkanlah rasa cinta kepada kami,
Yang Kau jadikan pengikat rindu Rasulullah dan Khadijah Al Qubro
Yang Kau jadikan mata air kasih sayang
Ali bin Abi Thalib dan Fatimah Az Zahra
Yang Kau jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.
Ya Allah,
Andai semua itu tak layak bagi kami,
Maka cukupkanlah permohonan kami dengan ridlo-Mu
Jadikanlah kami Suami & Istri yang saling mencintai di kala dekat,
Saling menjaga kehormatan dikala jauh,
Saling menghibur dikala duka,
Saling mengingatkan dikala bahagia,
Saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan,
Serta saling menyempurnakan dalam peribadatan.
Ya Allah,
Sempurnakanlah kebahagiaan kami
Dengan menjadikan perkawinan kami ini sebagai ibadah kepada-Mu
Dan bukti ketaatan kami kepada sunnah Rasul-Mu.

Amin

Puisi "Doa Cinta Sang Pengantin" hasil nukilan pasangan bahagia Vie & Iqbal
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...