Showing posts with label Anak kencing malam dan tips untuk menanganinya. Show all posts
Showing posts with label Anak kencing malam dan tips untuk menanganinya. Show all posts
Mulberi

Kencing malam, atau istilah perubatannya “enurisis” adalah perkara normal bagi kanak-kanak .

Kebiasaannya kanak-kanak selepas berumur 5 atau 6 tahun akan berhenti kencing malam tetapi terdapat juga kajian yang menunjukkan 10% -15% daripada kanak-kanak yang berumur 5-12 tahun masih terus kencing malam walau pun telah disahkan dari segi perubatan tidak mempunyai masalah dengan buah pinggang.

Di Malaysia, kajian menunjukkan lebih kurang 6.2% daripada kanak-kanak yang berumur 7-12 tahun masih lagi tidak dapat menghentikan tabiat kencing malam ini.

Penyebab kencing malam:

  • Ruang pundi kencing yang kecil.
  • Gangguan tidur. Kebanyakan mereka yang kencing malam dikatakan tidur terlalu nyenyak. Walau bagaimanapun tiada bukti yang kukuh untuk menyokong pernyataan ini.
  • Kurang penghasilan hormon yang dipanggil vasopressin semasa tidur.Vassopressin adalah penting untuk mengurangkan penghasilan kencing diwaktu malam.

Tips menangani anak yang kencing malam.

  • Jangan benarkan anak anda minum 2 atau 3 jam sebelum tidur.
  • Disiplinkan anak anda untuk membuang air terlebih dahulu sebelum tidur.
  • Pada waktu malam, pastikan laluan untuk anak anda ke bilir air diterangi lampu & tidak salah juga jika membiarkan lampu bilir air terpasang, terutamanya bagi kanak-kanak yang takut pada kegelapan.
  • Kejutkan anak anda untuk bangun & buang air selepas 2 atau 3 jam mereka tidur. Ini adalah teknik latihan yang berpanjangan supaya mereka terbiasa dengan rutin tersebut.
  • Gunakan sistem ganjaran atau penghargaan. Setiap kali anak anda bangun tidur tanpa membasahkan tilam mereka, puji & berikan mereka sedikit ganjaran supaya mereka bangga & sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri.
  • Jangan hukum atau memarahi mereka. Kanak-kanak yang kencing malam tidak melakukannya dengan sengaja. Jadi tugas kita adalah untuk sama-sama menangani masalah tersebut.
  • Beritahu anak anda kenapa mereka tidak boleh kencing ditempat tidur. Ajar mereka tentang kebersihan, hukum najis, tentang kuman yang mudak membiak, tilam yang berbau busuk & sebagainya lagi.
  • Alas tilam dengan plastik atau pad yang lebar seperti yang selalu di gunakan di hospital-hospital.
  • Luangkan sedikit masa bersama anak-anak sebelum mereka tidur. Berikan pelukan atau belaian. Ini bukan saja dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan, malah dapat menjadikan kanak-kanak itu lebih tenang & meransang perkembangan otak mereka semasa tidur.
  • Paling penting, ibubapa haruslah bersabar & sentiasa berfikiran positif. Adakalanya untuk menghentikan tabiat kencing malam ini agak memakan masa, jadi berilah anak anda peluang. Sikap kurang sabar ibubapa hanya akan memberi tekanan kepada anak-anak tersebut.
  • Jika anak anda masih kencing malam pada usia 6 atau 7 tahun, bawalah mereka berjumpa doktor bagi tujuan pemeriksaan kesihatan. Ini untuk memastikan mereka tidak mempunyai masalah jangkitan pada pundi kencing.
Sumber:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...