Mulberi

Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda :
" Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam) maka Allah S.W.T :
- akan
memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat

- dan sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam) maka akan
diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid,

- dan barang siapa yang
mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat.

- Dan sesiapa
yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Asyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh umat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."

----> 10 Muharam pada tahun ini jatuh pada 27 Dec 2009 (Ahad). Marilah kita bersama2 merebut fadhilatnya yg sangat besar ini. In. Allah..


Antara peristiwa penting 10 Muharam

- Taubat Nabi Adam diterima oleh ALLAH.
- Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
- Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari bahteranya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
- Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
- Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
- Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
- Allah memulihkan penglihatan Nabi Yaakob yang kabur.
- Nabi Isa diangkat ke langit
- Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulitnya
- Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan nun, selepas berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
- Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
- Allah mengampunkan kesalahan Nabi Daud.
- Allah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman.
- Hari pertama Allah menciptakan alam.
- Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
- Hari pertama Allah menurunkan hujan.
- Allah menjadikan Arasy.
- Allah menjadikan Luh Mahfuz.
- Allah menjadikan alam.
- Allah menjadikan Malaikat Jibril.
- Sayyidina Ali (cucu nabi) terbunuh di Karbala


Mulberi
Semalam meneman anak2 main basikal kat luar pagar rumah. Aku ni bukan ape, sebagai seorang ibu sememangnya agak byk berfikir itu.. ini.. Fikir kenderaan yg lalu lalang.. fikir anak2 yg kdg2 bawak basikal terhuyung hayang.. Takut terlanggar kereta orang ke.. terlanggar anak orang ke.. mcm2 yg bermain difikiran.. Takut kenderaan yg dipandu laju tak kira melalui kawasan perumahan.. adehhhh...

Tapi semalam aku buat keputusan untuk mempercayai anak2ku.. Setelah memberi "ceramah ringkas" kira2 10 minit tentang keselamatan dijalanraya.. had mane yg mereka boleh lalui.. kaedah yg bagaimana.. penggunaan brek.. bla bla blaaaaa.. Aku pon masuk sebentar ke dalam rumah..

Tak sampai 2 minit, tiba2 dari dalam aku dengar suara Sofea meraung.. Aku takla terlalu gusar sebab Sofea ni mmg suke menjerit... memang suke menangis kuat2 walaupon berebut brg dgn abgnya.. Lg pon memikirkan abgnya ade bermain bersama.. Tp makin lama makin kuat kudengar tangisan Sofea.. Aku capai tudung dan terus berlari keluar.. Jenuh ku perhati, langsung tak nampk kelibat Sofea.. hanya suaranya saje yg kedengaran.. Tiba2 baru perasan suara tu dtgnya dr dalam longkang.. YA RABBI!!!! Sofea dah terperosok ke dalam longkang dan tersepit dicelah basikalnya.. Dia dah menangis2, mungkin kerana sakit.. atau terlalu terkejut.. Terus ku terpa, ku tarik basikalnya keluar. Kemudian barulah Sofea ku keluarkan dr dalam longkang tersebut. Mujurlah tiada apa2 kecederaan serius, cuma jari kakinya saja yg berdarah sedikit kerana melecet. Kecut perut memikirkan andaikata kepala terhantuk pada batu dan sebagainya lagi.. Huhuhuuuu

Maybe die terlajak terus masuk ke dalam longkang mase cuba nak membelok ke pagar rumah kami tu.. Hmm.. kayuhan berani mati! Hahahaha
Mulberi

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH
Dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar (sebelum waktu Maghrib) pd akhir bulan Zulhijjah (means petang 17 Dec 09)

Ertinya:

Segala puji hanya bg ALLAH, Tuhan yg memelihara & mentadbir sekalian alam. Selawat & salam ke atas junjungan bsr Nabi Muhammad (SAW) serta ahli keluarga baginda & para sahabatnya.

Ya ALLAH, seseungguhnya pd tahun ini aku telah melakukan laranganMU tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan ENGKAU tidak reda & melupai perkara itu. ENGKAU telah menangguhkan azabMU yg telah ditetapkan kepadaku. ENGKAU telah memerintahkanku supaya aku bertaubat dr kesalahan itu. Sesuungguhnya pd hari ini aku memohon keampunan dariMU, ampunilah aku & apa yg telah aku lakukan pd tahun ini yg ENGKAU redai dan ENGKAU janjikan pahala maka aku memohonnya dr ENGKAU Ya ALLAH, Ya Karim ya Zaljalaliwalikram.

Selawat & salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga baginda & para sahabatnya. Segala puji hanya bagi ALLAH Tuhan yg memelihara & mentadbir sekalian alam. Amin...



DOA AWAL TAHUN HIJRAH
Dibaca 3 kali setelah masuk waktu Maghrib pd malam 1 Muharam (malam Jumaat 17 Dec 09)

Ertinya:
Segala puji hanya bg ALLAH, Tuhan yg memelihara & mentadbir sekalian alam. Selawat & salam ke atas junjungan bsr Nabi Muhammad (SAW) serta ahli keluarga baginda & para sahabatnya.

Ya ALLAH, ENGKAUlah yg kekal abadi utk selama-lamanya. Demi kelebihanMU yg Maha Agung & kemurahanMU yg melimpah, sesungguhnya pd tahun ini aku memohon kepadaMU perlindungan dr syaitan yg direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya & penolongnya. Aku juga memohon perlindungan dr nafsu amrah yg sentiasa mendorong ke arah kejahatan & melalaikan dgn perkara yg tidak berfaedah drpd mendekatkan diriku kepadaMU.

Selawat & salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga baginda & para sahabatnya. Segala puji hanya bagi ALLAH Tuhan yg memelihara & mentadbir sekalian alam. Amin...
Mulberi
Alhamdulillah.. abah dah selamat kembali ke tanahair jam 5.48 pagi, Ahad 6 December 2009. Dek kerana penjadualan semula, flight yg pd awalnye dijadualkan berlepas dr Jeddah jam 7 am, terpksa berlepas pd jam 4 pm (waktu sane laa)
Nasib baik kakak ade kat KL, so tido kat situ je laa.. jam 5 pagi, baru kami ke KLIA. dan Alhamdulillah sampai2 jek jadual arrival menunjukkan flight dr Jeddah telah selamat mendarat. Solat subuh dulu, dan hampir sejam menunggu, barulah nmpk kelibat abah keluar ke terminal.
Syukur sgt2.. dalam seribu kepayahan abah berjaya juga menyempurnakan hajinya. Cuma abah nampak begitu letih, batuk2 dan badan panas spt hendak demam.
Skrg abah berada di PJ, di rumah kakak yg sulung .. Buat sementara ni, biarlah abah di situ, so ade org yg boleh tolong tengok2kan kesihatan abah. Menurut doktor, badan abah dehydrated, kehilangan byk air. Harap2 lepas ni abah sihat semula.. Amin..

Terima kasih ya ALLAH.. kerana mengizinkan ayahku utk menjadi tetamuMU.. Moga giliranku sampai jua suatu hari kelak.. Amin...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...