Mulberi
Sebenarnye tk berapa pasti dari mane aku ambil artikel ni.. Tp tarikh yg tercatat pd file yg aku save ni ialah pd thn 2008 (lame dah tuu). So hari ni terdetik hati nak bukak file ni, nmpk menarik.. dan teringin sgt nk share kat sini (lagipon aku ni dh lame tk mengupdate blog! Huhuu)

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut.

1. Tidak sembahyang atau solat. (ni of kos laa.. dh tiang agama)
2. Tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. Makan atas pinggan yang terbalik.
4. Memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri..
5. Menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. Berwuduk ‘ di tempat buang air besar atau air kecil.
7. Suka bersandar pada pintu rumah.
8. Suka duduk di atas tangga. (patut ahh org2 tua mrh anak dara yg dok kt tgga.. mmg muke tkdok rezki.. huhu)
9. Membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan. (erkkk..jd sila basuh tgn di sinki)
10. Membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. Tidak membersihkan rumah.
12. Membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. Suka membersihkan rumah pada waktu malam (hmmm...)
14. Suka tidur di atas muka. (meniarap?? kdg2 terbuat gak.. huhuu.. abih ahh kerepot muke)
15. Membakar kulit bawang.
16. Menjahit baju yang sedang dipakai ( mewarisi kepapaan)
17. Mengelap muka dengan baju. (ank aku suke ahh wat ni pas main kat luar.. kena tegur nii)
18. Berdiri sambil bercekak pinggang.
19. Tidur tidak memakai baju. (errrr.....?)
20. Makan sebelum mandi hadas.
21. Tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. Pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. Lambat pulang dari masjid.
24. Doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. Kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. Suka memadam pelita dengan nafas. (same ahh cam tiup lilin mase birthday.. kan kann)
27. Membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. Membasuh kaki dengan tangan kanan. (ooo.. kena basuh dgn tgn kiri kee..)
29. Membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. Memakai seluar sambil berdiri (huhu.. dh tau, tp slalu terlupe)
31. Memakai serban sambil duduk.
32. Mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. Makan dengan menggunakan dua jari.
34. Berjalan di antara kambing.
35. Berjalan di antara dua perempuan.
36. Suka mempermainkan janggut.
37. Suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. Meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. Suka menggigit kuku dengan mulut. (abih ahhh rosak kuku)
40. Mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. Mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. Menguap ketika solat.
43. Meludah di tempat buang air besar atau air kecil.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...