Mulberi

Baru berpindah rumah? Berikut adalah panduan yg disarankan .

Beri salam
Islam menganjurkan sebaik-baik adab memasuki rumah baru atau rumah kosong ialah dengan memulai memberi salam sebagaimana firman Allah SWT,

“Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik.” [Al-Nur :61]

Lafaz salamnya ialah :

ألسلام علينا وعلى عباد الله الصالحين

Maksudnya : “Salam sejahter ke atas kami dan sekalian hamba-hamba Allah yang soleh”.

As-Salam ialah salah satu nama Allah yang Maha Mulia, ertinya Maha Sejahtera. Justeru rumah yang dimasuki dengan ucapan salam, rumah itu akan sejahtera , penghuninya dilimpahkan berkat, dikurniakan rezeki yang cukup, hidup dalam keadaan aman, damai dan tenteram serta terhindar daripada gangguan syaitan.

Dalam sepotong hadis, yang bermaksud : “Tiga golongan, semua mereka itu dijamin oleh Allah, jika dia hidup akan diberi kecukupan dan jika dia mati akan masuk syurga, iaitu: Sesiapa yang masuk ke rumahnya dengan memberi salam, maka dia dijamin oleh Allah, sesiapa yang keluar pergi ke masjid, maka dia dijamin oleh Allah dan sesiapa yang keluar untuk pergi berjihad di jalan Allah, maka dia dijamin oleh Allah.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Rumah baru atau rumah kosong kadang-kadang dihuni oleh makhluk lain yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Dengan ucapan salam kadang-kadang terbukti makhluk yang memusuhi kita boleh menjadi baik dan tidak mengganggu kita.

Baca ayat-ayat al-Quran...

Selepas memberi salam hendaklah membaca ayat Qursi, surah al-Falaq dan surah an-Nas. Sabda Rasulullah saw,

أن البيت الذى تقرأ فيه سورة البقرة لا يقربه شيطان ثلاثا

Maksudnya : “ Rumah yang dibacakan surah Al-Baqarah tidak akan diduduki syaitan sampai tiga hari”.

Baca doa ...

Hendaklah berdoa dengan bacaan seperti berikut,

أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق

Maksudnya : “Aku memohon perlindungan dengan kalimah Allah yang sempurna dari kejahatan makhluknya”

Buat kenduri doa selamat ...

Elok juga diadakan doa selamat menjemput dan menjamu orang-orang soleh.

Solat berjemaah bersama keluarga ....

Solat berjemaah bersama keluarga, bertadarus dan berwirid yang mana kesemua amalan ini akan menolak kejahatan dan gangguan syaitan, jin dan lebih-lebih lagi perbuatan sihir.

Laungkan azan..

Selain itu adalah baik melaungkan azan ketika pertama kali memasuki rumah baru atau rumah yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah saw pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah rumah itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yang dikenali dengan Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

Dalam hadis yang lain pula, Baginda saw bersabda yang maksudnya: "Ketika azan dilaungkan, syaitan akan melarikan diri......"

Haram menggantung tangkal jika ....

Menggantung sesuatu di rumah selain ayat-ayat Al-Quran sebagai tangkal seperti daun-daun berduri, belangkas atau kuda laut dengan niat untuk menjauhkan seisi rumah dari gangguan syaitan, perbuatan sihir dan sebagainya adalah haram.

Haram bela ikan puyu jika ....

Begitu juga haram membela ikan puyu jika beriktikad ikan itu boleh mengelakkan tuan rumah dari di kena pukau hukumnya adalah haram.

Gantung ayat Al-Quran ... ?

Manakala menggantung ayat-ayat Al-Quran tulisan khat hukumnya harus sekiranya ayat-ayat itu tidak dilukis gambar manusia atau binatang.

Apa hukum menyemah rumah ..?

Haram hukumnya menyemah rumah baru yang diduduki dengan jampi mentera dan menabur sesuatu sama ada di dalam atau di luarnya. Kalau diiktikadkan dengan perbuatan itu satu penyeruan kepada makhluk selain Allah adalah syirik.

Wallaahualam.
Mulberi
Ibu2.. bapa2.. yg masih tercari2 telekung dengan harga yg agak murah utk permata kesayangan anda, sila la tgk contoh2 telekung yang ada dikedaiku, Usrati Shoppe (blog dlm proses pembinaan)
Bak kate org, melentur buluh biarlah dari rebungnya.. jd sediakanlah anak anda dgn asas agama yg kukuh.. InsyaALLAH..


Ni model aku tgh menggayakan telekungnya


Saiz M= 3-6 tahun
Saiz L= 7-12 thn
(bergantung juga pada saiz badan anak2)
Harga = RM25


Harga= RM25


Harga= RM25


Harga RM25


Beg BARBIE yg comel dengan setiap pembelian telekung di atas


Utk anak2 berumur 1-2 tahun
Tiada beg
Harga= RM28

* Aksesori pada telekung tu adalah tambahan semata2. Tp jika berminat, anda boleh menempahnya (harga lain- bergantung pd material yg digunakan)

*Harga tertera tidak termasuk pos. Caj pos bergantung pada saiz & berat barang

Cara memesan:
1. Emailkan kod serta saiz telekung pilihan anda kepada usratishoppe@gmail.com
2. Saya akan membalasnya sebaik saja menerima pesanan tersebut.

Bayaran:
1. Melalui Maybank2u ataupun CIMB
2. Penghantaran hanya akan dibuat selepas anda melakukan pembayaran. Sila email bukti trasaksi.
3. Pengeposan menggunakan Pos Laju atau pun Pos Express. Tracking number akan diemail/ sms kepada anda
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...