Mulberi
Oleh Hijat Panjang
CUACA panas dan kering yang melanda negara sejak awal tahun ini dilaporkan bakal menjadi lebih terik apabila kedudukan fenomena matahari berada tegak di garisan Khatulistiwa dengan tempoh siang dan malam di hemisfera selatan serta utara hampir sama berlaku pada 21 Mac ini.
Keadaan panas itu menyebabkan keadaan terik baik di utara tanah air manakala di beberapa kawasan di Johor menyaksikan catuan air akibat paras air sungai yang merosot.
Apapun, anda perlu berhati-hati dengan keadaan cuaca panas melampau ini yang boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan andai tidak membuat persiapan menghadapinya.
Bagi sesetengah orang terutama yang berada dalam kumpulan berisiko seperti warga tua, bayi dan kanak-kanak selain mereka yang berhadapan dengan masalah jantung dan tekanan darah tinggi, cuaca panas melampau boleh membawa kepada komplikasi kesihatan lain.
Antara risiko cuaca panas melampau adalah masalah dehidrasi iaitu kehilangan air daripada tubuh juga mineral lain dalam darah seperti potassium dan sodium yang berperanan dalam fungsi organ iaitu ginjal, otak dan jantung.
Malah ramai yang tidak tahu, masalah kehilangan air atau dehidrasi juga boleh menyebabkan kekeliruan, kelesuan selain menjejaskan pernafasan dan denyut nadi.
Dalam keadaan normal, peluh yang terhasil apabila kita panas membantu menyejukkan tubuh apabila ia tersejat di permukaan kulit. Bagaimanapun, jika hari terlalu panas, terlalu berpeluh akan menyebabkan sistem ini gagal. Suhu tubuh berpotensi meningkat ke tahap yang bahaya.
Ia boleh menjadi punca berlakunya keletihan atau kepanasan melampau. Malah boleh menyebabkan sakit kepala, pening dan kejang otot.
Bagaimana untuk mengelakkan masalah ini?
1) Minum banyak air
Disebabkan anda kehilangan air dalam tubuh, anda juga perlu menggantikannya semula. Dalam keadaan biasa, seseorang yang memiliki berat badan 58 kilogram sepatutnya meminum lapan gelas air sehari. Iaitu berdasarkan peraturan biasa, untuk setiap 0.9 kilogram berat badan, anda memerlukan 28.4ml air.
Bagaimanapun, dalam cuaca yang panas, pengambilan air patut ditingkatkan. Sebaiknya nikmati air suam atau mungkin jus buah-buahan tetapi bukan minuman berkarbonat. Minuman berkarbonat atau alkohol hanya akan membuatkan anda kehilangan lebih banyak cecair dalam badan. Minuman ais juga sepatutnya dielakkan kerana ia boleh menyebabkan kekejangan pada perut.
2) Ubahsuai diet anda
Elakkan makanan pedas atau berat. Makanlah makanan sejuk terutama salad atau buah-buahan yang mengandungi kandungan air yang tinggi.
3) Rasional dalam melakukan senaman
Jangan bersenam atau beriadah pada waktu petang yang panas. Anda mungkin boleh memilih waktu lain yang lebih sesuai.
4) Pilih pakaian yang sesuai
Pastikan anda memakai baju dengan warna-warna terang, longgar dan diperbuat daripada kain kapas. Baju berwarna gelap menyerap haba.
5) Elakkan perangkap haba
Parkir kereta anda di kawasan yang tertutup. Kalau boleh berada dalam kawasan berhawa dingin. Jika perlu keluar dari pejabat atau rumah, pastikan anda sentiasa membawa air.
Fakta :-
Kesan haba panas pada tubuh
20• darjah Celcius - selesa, denyut nadi normal.
25• darjah Celsius - peluh biasa.
30• darjah Celsius - Ketidakselesaan.
40• darjah Celsius - Kepanasan melampau, berpeluh, denyut nadi pantas, letih.
45• darjah Celsius - Kepanasan melampau, peluh terhenti, panas dan kulit kering.

Err.. kontroversi tk tajuk nii?? Huhuu
Cuma nk cerita pasal anak bujangku.. Beginilah perbualanku dgn si teruna berumur 9 tahun itu sebaik saje die balik dari sekolah..
Faizeen: Alaaaaaaa.. baru saya tauuu.. air mani tu kluar mase tido.. Tk best ahh..
(Aku rase cam nk tercekik! Ehee.. rase cam tak sedia pon ade nk bincang topik ni.. tp still control laa.. die baru belajar bab mandi wajib kat sekolah)
Aku: Bihtu nk yg camne?
Faizeen: Kluarlah mase kencing keee.. (wakakakakak!!!!)
Aku: Mane blehhh.. tu kan kluar lepas mimpi syiokkk punye! (huhu.. sib baik die tk tanye, mimpi syiok tu camne)
Pastu di satu saat yg lain, mase aku tengah beli barang kat kedai
Faizeen: Err.. ibu.. saya ni dh aqil baligh ke belum?
Aku: Dah mimpi sampai kluar mani ke??? (ape la aku tanye soklan camtuh! hehe)
Faizeen: Belum!!!!
Aku: Haaa.. maknanye belum aqil baligh le tuh!
Masa balik dari kedai lak..
Faizeen: Rupe2nya mandi wajib tu senang je ek. Cuma niat die jek yg lain. Tp saya tak tau laaa camne niat mandi wajib tu!
Hmm.. nmpknye die betul2 serius nk tahu..
Aku pon mula la menggodek segala buku2 lama.. termasuk ahh buku2 psl rumahtangga yg beli mase nk kawen dulu.. hikhikk.. Aku pon mula la mencarik bab2 mandi wajib ni.. kuberi Faizeen baca supaya die lebih faham.. Tk kisah laaa.. aku harus lebih open terhadap dia.. better die tanya pada aku, dari bertanya pada kawan2 lain yg kita tidak tahu bagaimana jwpnnya nanti..
So kawan2 lain camne? Dah bersedia utk menjawab soalan2 cepumas camni dr anak2 anda?? Sedia atau tidak, tanggungjawab terletak di bahu kita..
Mulberi
Huhuu.. dah lame aku tk update umah ni.. Sib baik la ade Cik Ti yg setia tolong sapu2 rumah dr segala habuk.. heheh
Nk citer psl ape ek??
1.... Kisah LWC yg dah berakhir.. Alhamdulillah aku berjaya turunkan 5.1 kg! Dan pasnih kami nak berseronok2 menservis muka di saloon, sambil membelai wajah.. merelease segala ketensionan! Hahaaaa
2..... Kursus Motivator utk ibubapa.. mmg syiokkkk abis! Byk ilmu dapat, Alhamdulillah.. Tu pon rase byk lagi yg perlu dipelajari
3...... Ape lagi ekk??
Lenkali je la aku update lagi! Hehehhe.. Larikkkkkkkkk