Salam.. dah lame betul tk jenguk blog ni.. huhuu..
Baru smlm, menghadiri majlis anugerah cemerlang anak bujangku di M-Suites Hotel Johor Bahru anjuran Madrasah Tahfiz Al-Iman, disamping majlis pelancaran Saham Wakaf Al-Iman yg disempurnakan oleh Mufti negeri Johor Dato' Tahrir bin Dato' Kiyai Hj Shamsudin.
Bercakap pasal Saham Wakaf ni, kot2 la ade sape2 yg berminat utk membuat pelaburan akhirat..
Actually buat mase ni, Madrasah Tahfiz ni beroperasi di bangunan kediaman (rumah org) yg disewa secara bulanan yg kosnya agak tinggi juga... So pihak madrasah bercadang utk membina bangunan sendiri (tapak dh ada) .. Tp buat mase ni, mereka masih lagi kekurangan dana utk merealisasikan impian utk memperluaskan lagi bidang tahfiz ini..
Cara2 mekanisme wakaf:
1. Membeli tapak (1 unit tapak = RM50), kemudian mewakafkannya ke atas pembinaan (hard & soft) kompleks Madrasah Tahfiz Al-Iman
2. Potongan bulanan dengan menggunakan borang (arahan tetap) yang disediakan disemua bank untuk Saham Wakaf Al-Iman.
Cth: Encik Ammar ingin mewakafkan 6 unit tapak
1 unit tapak = RM50
Jadi utk 6 unit tapak --> RM50 x 6 unit tapak = RM300
Dia telah memberi arahan tetap kpd bank utk potongan gaji dlm tempoh 12 bulan
RM300
______ = RM25 sebulan
12
3. Syarikat2 yg mengkhususkan sebahagian (peratusan %) drpd keuntungan sykt bulanan/ tahunan utk membeli sejumlah tapak wakaf Al-Iman
4. Hamba ALLAH yg ingin memberi sumbangan utk pembinaan 1 bangunan drpd bangunan2 madrasah, kemudian mewakafkannya kpd Madrasah Tajfiz Al-Iman
Kpd individu yg ingin menyumbang mengikut kemampuan masing2 juga adalah dialu2kan..
Jadi marilah kita sama2 menjana saham utk akhirat ni.. Dan ingatlah.. ALLAH memberi jaminan, harta kita tidak akan berkurangan walau sedikitpon jika bersedekah kerana ALLAH.. In. ALLAH..
Apabila seseorang anak Adam meninggal dunia, maka putuslah segala amalannya melainkan tiga perkara :
Sedekah jariah
Ilmu yang bermanfaat
dan doa dr anak yg soleh..
Madrasah Tahfiz Al-Iman
No 2, Jln Kebangsaan 6
Tmn Universiti
81300 Johor Darul Takzim
Tel: 607- 521 6457
Fax: 607- 521 7981
Email: ustazabdelhamid@gmail.com
Akaun bank: BMMB 01020003183716 (bank muamalat)
Post a Comment