Mulberi
Rabu

  1. Qarun hancur binasa dimusnahkan oleh ALLAH SWT
  2. Firaun & bala tenteranya hancur binasa
  3. Raja Namrud ditewaskan oleh tentera nyamuk
  4. Umat Nabi Salleh AS dihancurkan dengan teriakan keras dari malaikat
  5. Umat Nabi Hud AS dihancurkan oleh ALLAH dengan angin taufan yang kuat

Khamis

  1. Nabi Ibrahim AS memasuki kerajaan Mesir
  2. Saudara Nabi Yusuf AS telah menemuinya semula di Mesir setelah berpisah lama
  3. Nabi Yaakob AS bertemu dengan anaknya abi Yusuf AS di Mesir
  4. Nabi Muhammad SAW memasuki kota Makkah

Jumaat

  1. Nabi Adam AS berkahwin dengan Siti Hawa
  2. Nabi Yusug AS berkahwin dengan Zulaikha
  3. Nabi Musa AS berkahwin dengan Siti Safura (anak Nabi Syuib AS)
  4. Nabi Sulaiman AS berkahwin dengan Puteri Balqis
  5. Rasulullah SAW berkahwin dengan Siti Khadijah
  6. Rasulullah SAW berkahwin dengan Siti Aishah
  7. Ali bin Abi Talib RA berkahwin dengan Siti Fatimah binti Muhammad Rasulullah SAW

Sabtu

  1. Nabi Nuh AS diperolok-olokkan oleh kaumnya
  2. Nabi Salleh AS ditipu oleh umatnya
  3. Nabi Yusuf AS ditipu oleh saudara-saudaranya
  4. Nabi Musa AS ditindas oleh Firaun
  5. Nabi Isa AS diperdayakan oleh kaum Yahudi
  6. Nabi Muhammad SAW menjadi pengerusi di sidang Darul Nadwah


Mulberi
Allah SWT telah menetapkan bahawa dalam semingggu ada 7 hari. Allah SWT Juga memberitahu kita dunia ini dijadikan selama 6 hari. Manakala 1 hari adalah untuk beristirehat bagi makhluknya menyaksikan kehebatan ciptaan Allah SWT.

Pada hari2 yg tujuh tersebut mempunyai catatan peristiwa bersejarah dalam kalendar Islam. Sebahagian dari peristiwa2 tersebut ialah:

Ahad:

  1. Allah jadikan alam ini
  2. Alllah jadikan bintang2 dilangit
  3. Alalah jadikan api neraka
  4. Allah jadikan bumi sebanyak 7 lapis
  5. Allah jadikan 7 jenis lautan
  6. Allah jadikan 7 anggota manusia
Isnin:
  1. Nabi Idris AS dinaikkan ALLAH ke langit
  2. Nabi Musa AS mengunjungi Bukit Tursina
  3. Bukti ke-Esaan Allah diturunkan
  4. Junjungan besar Nabi Muhammad SAW dilahirkan
  5. Wahyu pertama diturunkan kepada Rasulullah SAW
  6. Rasulullah SAW wafat
Selasa:
  1. Nabi Yahya dibunuh
  2. Nabi Zakaria dibunuh
  3. Tukang2 sihir Firaun ditewaskan
  4. Asiah isteri Firaun mati dibunuh
  5. Lembu Bani Israel dibunuh
  6. Habil dibunuh oleh Qabil
To be continued...



Mulberi

Kencing malam, atau istilah perubatannya “enurisis” adalah perkara normal bagi kanak-kanak .

Kebiasaannya kanak-kanak selepas berumur 5 atau 6 tahun akan berhenti kencing malam tetapi terdapat juga kajian yang menunjukkan 10% -15% daripada kanak-kanak yang berumur 5-12 tahun masih terus kencing malam walau pun telah disahkan dari segi perubatan tidak mempunyai masalah dengan buah pinggang.

Di Malaysia, kajian menunjukkan lebih kurang 6.2% daripada kanak-kanak yang berumur 7-12 tahun masih lagi tidak dapat menghentikan tabiat kencing malam ini.

Penyebab kencing malam:

  • Ruang pundi kencing yang kecil.
  • Gangguan tidur. Kebanyakan mereka yang kencing malam dikatakan tidur terlalu nyenyak. Walau bagaimanapun tiada bukti yang kukuh untuk menyokong pernyataan ini.
  • Kurang penghasilan hormon yang dipanggil vasopressin semasa tidur.Vassopressin adalah penting untuk mengurangkan penghasilan kencing diwaktu malam.

Tips menangani anak yang kencing malam.

  • Jangan benarkan anak anda minum 2 atau 3 jam sebelum tidur.
  • Disiplinkan anak anda untuk membuang air terlebih dahulu sebelum tidur.
  • Pada waktu malam, pastikan laluan untuk anak anda ke bilir air diterangi lampu & tidak salah juga jika membiarkan lampu bilir air terpasang, terutamanya bagi kanak-kanak yang takut pada kegelapan.
  • Kejutkan anak anda untuk bangun & buang air selepas 2 atau 3 jam mereka tidur. Ini adalah teknik latihan yang berpanjangan supaya mereka terbiasa dengan rutin tersebut.
  • Gunakan sistem ganjaran atau penghargaan. Setiap kali anak anda bangun tidur tanpa membasahkan tilam mereka, puji & berikan mereka sedikit ganjaran supaya mereka bangga & sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri.
  • Jangan hukum atau memarahi mereka. Kanak-kanak yang kencing malam tidak melakukannya dengan sengaja. Jadi tugas kita adalah untuk sama-sama menangani masalah tersebut.
  • Beritahu anak anda kenapa mereka tidak boleh kencing ditempat tidur. Ajar mereka tentang kebersihan, hukum najis, tentang kuman yang mudak membiak, tilam yang berbau busuk & sebagainya lagi.
  • Alas tilam dengan plastik atau pad yang lebar seperti yang selalu di gunakan di hospital-hospital.
  • Luangkan sedikit masa bersama anak-anak sebelum mereka tidur. Berikan pelukan atau belaian. Ini bukan saja dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan, malah dapat menjadikan kanak-kanak itu lebih tenang & meransang perkembangan otak mereka semasa tidur.
  • Paling penting, ibubapa haruslah bersabar & sentiasa berfikiran positif. Adakalanya untuk menghentikan tabiat kencing malam ini agak memakan masa, jadi berilah anak anda peluang. Sikap kurang sabar ibubapa hanya akan memberi tekanan kepada anak-anak tersebut.
  • Jika anak anda masih kencing malam pada usia 6 atau 7 tahun, bawalah mereka berjumpa doktor bagi tujuan pemeriksaan kesihatan. Ini untuk memastikan mereka tidak mempunyai masalah jangkitan pada pundi kencing.
Sumber:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...