Kencing malam, atau istilah perubatannya “enurisis” adalah perkara normal bagi kanak-kanak .
Kebiasaannya kanak-kanak selepas berumur 5 atau 6 tahun akan berhenti kencing malam tetapi terdapat juga kajian yang menunjukkan 10% -15% daripada kanak-kanak yang berumur 5-12 tahun masih terus kencing malam walau pun telah disahkan dari segi perubatan tidak mempunyai masalah dengan buah pinggang.
Di Malaysia, kajian menunjukkan lebih kurang 6.2% daripada kanak-kanak yang berumur 7-12 tahun masih lagi tidak dapat menghentikan tabiat kencing malam ini.
- Ruang pundi kencing yang kecil.
- Gangguan tidur. Kebanyakan mereka yang kencing malam dikatakan tidur terlalu nyenyak. Walau bagaimanapun tiada bukti yang kukuh untuk menyokong pernyataan ini.
- Kurang penghasilan hormon yang dipanggil vasopressin semasa tidur.Vassopressin adalah penting untuk mengurangkan penghasilan kencing diwaktu malam.
Tips menangani anak yang kencing malam.
- Jangan benarkan anak anda minum 2 atau 3 jam sebelum tidur.
- Disiplinkan anak anda untuk membuang air terlebih dahulu sebelum tidur.
- Pada waktu malam, pastikan laluan untuk anak anda ke bilir air diterangi lampu & tidak salah juga jika membiarkan lampu bilir air terpasang, terutamanya bagi kanak-kanak yang takut pada kegelapan.
- Kejutkan anak anda untuk bangun & buang air selepas 2 atau 3 jam mereka tidur. Ini adalah teknik latihan yang berpanjangan supaya mereka terbiasa dengan rutin tersebut.
- Gunakan sistem ganjaran atau penghargaan. Setiap kali anak anda bangun tidur tanpa membasahkan tilam mereka, puji & berikan mereka sedikit ganjaran supaya mereka bangga & sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri.
- Jangan hukum atau memarahi mereka. Kanak-kanak yang kencing malam tidak melakukannya dengan sengaja. Jadi tugas kita adalah untuk sama-sama menangani masalah tersebut.
- Beritahu anak anda kenapa mereka tidak boleh kencing ditempat tidur. Ajar mereka tentang kebersihan, hukum najis, tentang kuman yang mudak membiak, tilam yang berbau busuk & sebagainya lagi.
- Alas tilam dengan plastik atau pad yang lebar seperti yang selalu di gunakan di hospital-hospital.
- Luangkan sedikit masa bersama anak-anak sebelum mereka tidur. Berikan pelukan atau belaian. Ini bukan saja dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan, malah dapat menjadikan kanak-kanak itu lebih tenang & meransang perkembangan otak mereka semasa tidur.
- Paling penting, ibubapa haruslah bersabar & sentiasa berfikiran positif. Adakalanya untuk menghentikan tabiat kencing malam ini agak memakan masa, jadi berilah anak anda peluang. Sikap kurang sabar ibubapa hanya akan memberi tekanan kepada anak-anak tersebut.
- Jika anak anda masih kencing malam pada usia 6 atau 7 tahun, bawalah mereka berjumpa doktor bagi tujuan pemeriksaan kesihatan. Ini untuk memastikan mereka tidak mempunyai masalah jangkitan pada pundi kencing.
Sumber:
thanks for sharing...