Mulberi
Khamis 27 Ogos 2009...

Kira2 jam 12.30 t/hari, aku menamatkan agenda masak tengahari dgn menggoreng nuget. Setelah habis masak, nuget ku angkat, ku letak dalam tapis dan ku tutup dengan kertas tisu sementara menanti ia sejuk.
Aku pon bersiap2 utk mengambil Faizeen di sekolah. 12.40 pm, aku keluar dr rumah. Kebetulan pulak mase tu Faizeen keluar agak lambat. Rasenye hampir jam 1.15, baru lah nampak btg hidungnya.
Sampai jek kat rumah, Faizeen yg membuka pintu tiba2 menjerit "Ibu!! Asappp!!"

Ya Rabbi..ku lihat asap hitam memenuhi ruang tamu rumah kami. Keadaan jadi gelap seperti hari hampir malam. Kami mula terbatuk2. Dengan menekup hidung ,aku segera berlari menuju ke dapur.

Ya ALLAH!!!! Kulihat api menjulang hampir ke syiling, dan rak2 rempah plastik yang melekat di dinding dah pon terbakar

Faizeen yg agak panik, ke hulu ke hilir berlari "amik airrrr!! amik air cepattt!!!"
Aku pulak berlari menuju ke bilir mencari kain.. Kain tebal.. akhirnya ku capai tuala pengesat kaki, ku basahkan dengan air dan cepat2 ku bawa ke dapur dan terus ku campakkan ke atas api. Bila api agak reda, barulah ke tepuk2 saki baki api yg masih menyala dengan tuala basah tersebut. Alhamdulillahhhh.. Dalam masa tak sampai 2 minit, api berjaya dipadamkan sepenuhnya..

Bila ditelek2 kembali, ku lihat kuali & sudip yg ku letak di dalam kuali tersebut telah rentung, hanya tinggal besi sahaja. Botol minyak, bekas garam, bekas rempah, hampir kesemuanya telah dimakan api. Dalam kuali terdapat rempah ratus seperti bunga cengkih dll,. yg juga telah menjadi arang. Pada pemerhatianku, kemungkinan besar api tu menjilat rak rempah, kemudian rempah2 tu jatuh ke dalam kuali.. Maka terjadilah "rempah terbakar"- nak challenge kisah Mahsuri beras terbakar.. huhuuu


Kuali dah hitam, dalam tu dh jadik debuu.. Sudip tinggal besi jekk


Rak rempah yg terbakar.. botol2 minyak, bekas garam.. habissss


Dinding yang berjelaga.. sampaila ke syiling.. Mujur senang dibersihkan oleh Mr. Muscle! (My hubby lee.. kehkehh) Tp syiling cadang nak cat je laa..

Bila dah reda, masing2 terlepak kat ruang tamu.. Tup2 nampak muka Faizeen hitam kena arang.. Aku tegurlaa.." tu ape hitam kat muke tu".. alih2 lak nmpk hidung Sofea pon hitam2.. Ape lagi, bile ku sapu2 lubang idung, ternyata lubang idungku jugak hitam!! Wakakakaka.. masing2 amik tisu, korek lubang idung.. berjelagaaa!! Terbahak2 kami anak beranak, ketawakan antara satu sama lain.. Tiba2 terasa indahnya hikmah disebalik musibah ini..

Alhamdulillah api belum sempat merebak ke salur gas.. Jenuh gak la Mr. Hubby terpaksa mengelap dinding2 dapur yg penuh kesan jelaga. Lantai keseluruhan rumah pon terpaksa dimop dek kerana asap hitam tu melekat kat lantai.. Barang2 di dry kitchen pon kena lap semuanya sebab penuh dengan habuk2 hitam yg berterbangan..
Namun aku bersyukur.. kami semua selamat.. dan rumahku juga selamat.. tiada kecederaan & kemalangan jiwa berlaku.
Mudah2an jadi iktibar.. hati2 semasa meninggalkan rumah..
Mulberi
Aku tak tau mane patut aku mulakan..

Sememangnya sebagai seorang ibu atau ayah, kita selalunya ingin buat yang terbaik untuk anak2..

Alhamdulillah.. sebagai seorang ibu, sememangnya aku amat berbangga punyai anak seperti Faizeen..
Di sekolah, Faizeen mmg dikenali dikalangan guru2 dan rakan2nya.. Bukan setakat menjadi pengawas, Alhamdulillah aku akui die salah seorang murid yang dianggap "cepat tangkap" oleh guru2nya. Mampu bekerjasama dgn baik dgn rakan2 yg lain, mudah mesra dan macam2 lagi. Bukan di sekolah kebangsaan saja, malah di KAFA juga die menjadi perhatian ustaz2 & ustazah.. pencapaiannya memang amat membanggakan aku & abahnya..
Hadiah demi hadiah di sediakan andainya die berjaya atau cemerlang dalam peperiksaan.. bukan dari kami saja, malah dari pakcik & makciknya yg lain.. Setiap kali pertemuan keluarga, pastinya topik "dapat nombor berapa" akan dipersoalkan..

Tanpa kami sedari, kami telah meletakkan "beban" terhadap dirinya.. Jika dia tidak melakukan ape2 yg sewajarnya, kami "hukum" die tanpa kami sendiri sedari.. Jika dia melakukan kesilapan, kami anggap bahawa kami telah sedaya upaya mengajar dia.. Namun sebenarnya kami terlupa bahawa peringkat pembesaran anak2, bukanlah setakat akademiknya sahaja.. luarannya saja.. tanpa mempedulikan hakikatnya emosi mereka tercalar dengan tindakan kami.

Anak2.. walau sehebat mana mereka.. walau sepintar mana sekalipon.. mereka tetap kanak2.. mereka masih perlukan persekitaran dimana mereka boleh bermain dengan riang bersama kawan2.. mereka tidak boleh dipisahkan dari dunia permainan.. mereka perlukan dunia khayalan mereka.. mereka hanya mengikut caturan alam yg telah ALLAH gariskan buat mereka.. dan kita sebagai ibubapa tidak mampu untuk men"dewasa"kan akal & fikiran mereka..

Terima kasih kepada Cikgu Sharipah yg telah membuka "mata hati" kami.. Walaupon dia bukan lagi guru yg mengajar anakku, tapi keprihatinannya melebihi kami ibu bapanya sendiri.. Terima kasih Cikgu.. Semoga ALLAH mengurniakan kebahagiaan yg berpanjangan kepada Cikgu sekeluarga..

Untuk anakku.. Maafkan ibu & abah kerana tersilap perhitungan dalam mendidik kalian.. Sememangnya kadangkala ibu akui, mungkin kami mendambakan kesempurnaan .. tetapi kami lupa diri kami juga tidak sempurna
Mulberi
Banyak perkara yang berlaku sebelum Ramadhan menjelang tiba... tapi ntah kenapa belum ade mood nak cerita dalam ini blog.. plus mim alif lam sin..
Soo.. nanti2 la yekk..
Selamat menjalani ibadah puasa..
Mulberi
Petang tadi, waktu bukak tenet, tiba2 nampak satu tajuk kat forum: 'Uztaz Asri Rabbani meninggal dunia"

Ya ALLAH... rase macam tak percaya je.. betul ke ni? Atau sekadar rumours macam mase Allahyarham Yasmin Ahmad koma hari tu.. Tp bila dah tengok dalam berita.. barulah betul2 percaya.. Ustaz Asri telah kembali ke rahmatullah jam 10.30 pagi tadi ketika membuat rakaman Syahadah utk RTM, akibat serangan jantung.. Sesungguhnya dr ALLAH kita datang.. kepada ALLAH jualah kita akan kembali..

Tapi paling terharu bila rakannya menceritakan, Allahyarham mintak Al-Quran utk dibaca.. Tp sayang tak sempat.. Allahyarham tiba2 jatuh pengsan.. dan maut itu tidak menunggu walau sesaat sekalipon..

Aku ni sejak dari sekolah rendah lagi, membesar dgn nasyid2 Allahyarham.. Mase tu Allahyarham bersama dgn Arqam lagi.. Hinggalah ke hari ini, Ustaz Asri & Rabbani mempelopori persada nasyid tanahair kita.. Tapi nampaknya ALLAH lebih menyayangi dia..

Selain dari nasyid 'Pergi tak kembali", another nasyid yang aku minat2 sangat ialah 'Subuh Yang Terakhir'.. Dan tak sangka, Ustaz Asri pergi setelah subuhnya yang terakhir pagi tadi.. Moga menjadi iktibar jua buat kita yang masih hidup ni..

Bilakah kali yang terakhir kau ucapkan sayang
pada insan yang setia berkongsi susah dan senang
Luahkan isi hati, andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir

Bila berdekatan kadangnya makin kita leka
Bila bejauhan barulah merindu didada
Selagi berkesempatan ucapkan terima kasih
Andai esok takkan hadir

Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan

Bilakah kali yang terakhir kau kucupi pipi
Ayah bonda yang tak mungkin kau terbalas budi
Tunjukkanlah syukurmu bertuahnya kau dilahir

Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan

Lihatlah saja isterimu berkorban separuh nyawa
Demi menjamin kebahagian anak dan suami tercinta
Buktikan padanya pilihan jodohmu tepat
Sebelum semua terlewat

Lafazkan rasa cinta...
andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir

Klik untuk dengar lagu

Moga roh Allahyarham ditempatkan bersama hambaNYA yang beriman.. Al-Fatihah..
Mulberi
Sape tak pernah tengok citer Nur Kasih kat TV3 setiap hari Jumaat jam 9 malam??



To be honest, aku ni bukanlah jenis yang suka bertenggek depan TV tengok drama2 kat TV.. Bukan ape.. drama kita ni kadang2 jalan ceritanya hampir same jek semua..

Tp ntah camner aku leh tertengok lak citer Nur Kasih ni dari episod 1 lagi.. dan secara jujurnya aku mengaku aku sukeee sgt, sampai tak sabar2 nak tunggu episod seterusnya.. Huhuuuu..

Ape yang aku suke pasal drama ni? Aku sukeee sinematografinyaa.. aku suke teknik pencahayaan yang digunakan. Gabungan kedua2nya ni, menjadikan scene dalam Nur Kasih ni benar2 dramatik.. Dalam drama ni, semua shot yang digunakan memang kena dengan scene drama tu… shot sawah padi bergoyang ditiup angin, shot berlatar belakangkan bangunan lama, shot yang guna lighting samar-samar masa scene dalam masjid, shot burung terbang… Tp yg paling penting, aku suke sangat dengan jalan ceritanya.. ade unsur2 keagamaan.. kasih sayang.. pengorbanan.. cinta .. .. Even dalam drama lain ade gak unsur2 camni, tapi Nur Kasih lain dari yang lain.. Pelakon2 die pon memang feel abisss laaa. Rase macam aku lak yang berlakon skali dalam tu.. heheheh

Kisah Aidil seorang anak yang patuh pada ajaran agama serta taat pada ibubapanya, VS Adam, si adik yang yang hidup bergelumang dosa & seringkali menimbulkan masalah sejak dari kecil lagi. Si ayah yang sentiasa mengharap anaknya akan berubah, bertekad untuk menikahkan Adam dengan Nur Amina agar dapat membimbing Adam kembali ke pangkal jalan.
Dalam masa yang sama, Aidil sebenarnya menyimpan perasaan terhadap Nur Amina. Namun demi menjaga hati org tua.. dia terpaksa berkorban.
Adam yang memang membantah keras pernikahan tersebut, bertindak pulang ke Australia menemui buah hatinya Katrina sebaik sahaja selesai urusan pengkebumian ayah Adam. Bukan itu saja, malah Adam meninggalkan Nur Amina sendirian di Malaysia dan menegaskan bahawa mereka harus menjalani kehidupan berasingan. Kecewa dengan tindakan seorang suami, Nur Amina begitu pun meneruskan kehidupan sebagai seorang siswi. Namun dia tidak berani untuk pulang ke kampung menemui keluarganya dan berterus terang mengenai tindakan Adam. Namun akhirnya Nur Amina bertemu semula dengan Aidil dan kepada Aidil lah dia meluahkan segala kekecewaan yang ditanggungnya.
Dalam masa yang sama, Adam berkahwin dengan Katrina & hanyut dengan dunianya. Namun, kemalangan yang meragut nyawa bayi dalam kandungan Katrina benar2 mengubah pemikiran & sikap Adam. Dia kembali ke pangkal jalan...
Adam akhirnya pulang ke Malaysia & membawa Katrina bersamanya. Tetapi atas nasihat Aidil, Katrina terpaksa ditinggalkan di hotel supaya Adam dapat menyelesaikan masalahnya satu persatu.
Dalam masa yang sama, Nur Amina pula bertekad untuk berterus terang dengan keluarganya perkara yang sebenar setelah 4 tahun hidup dalam penipuan. Nur Amina ingin dilepaskan, namun sikap Adam yang berubah benar2 menjadikan Nur Amina dalam dilema.. Apetah lagi setelah mengetahui ibu mertuanya mempunyai penyakit darah tinggi & masalah jantung..
Adam pula terpaksa berdepan dengan sikap Katrina yang sudah berputus asa dengan hidupnya. Sepeninggalan Adam, Katrina cuba membunuh diri tetapi berjaya diselamatkan oleh Aidil yang kebetulan datang untuk melawatnya di hotel.
Adam semakin teruji.. Perasaan sayang yang mula timbul terhadap Nur Amina juga menjadikan Adam semakin serba salah untuk menceritakan perihal Katrina kepada Nur Amina.. Nur Amina pula bertegas menyatakan bahawa dia tidak akan sekali2 menerima Adam kembali dalam hidupnya.
Huhuuuu.. tak sabar weiii nak tahu kisah seterusnyaaaaa..
Mulberi
Di sana sini, dok cakap pasal wabak influenza A.. Sekolah tu tutup.. Budak2 IPT nun kena balik.. Kes kematian.. Aduhh.. bila demam jek, mula la terpikir yang bukan-bukan..
Selain dari mengamalkan budaya kebersihan, kita sebagai orang Islam dianjurkan untuk berdoa bagi memohon perlindungan ALLAH dari wabak2 penyakit berjangkit ni.. DIA-lah yg maha menguasai segalanya..



p/s Thanx to Eye-You for sharing this doa''.. :D
Mulberi
Bulan lepas, kami sekeluarga berkunjung ke Gunung Lambak. Bagi sesiapa yang tak tahu, terutamanya mereka yang diluar kawasan Johor, Gunung Lambak merupakan salah satu kawasan rekreasi yang terdapat Kluang, Johor. Dah namenye pon gunung, of course la ade gunung kann.. Takkan la laut plak!
Nak rase lalu kat jambatan gantung ke.. atau nak camping.. jungle treking.. Macam2 adaaaa..
Selain tu, dalamnye juga terdapat waterpark, bolehla nak layan anak2 main air.. Tapi poolnya takla sebesar mane.. Untuk budak2, bleh ahh.. Mak bapak budak tu, tolong temankan anak je laaa.. Tp org kate, sambil menyelam minum airrr.. heheh (tapi air pool jgn minum lakk.. kotorrr)
So.. kita jamu mata je lah ehh.. (Kalau tak nampak gambo, klik je utk view lebih jelas)

chalet

jmbtn2


srpn2
srpn
jmbtn

walking


tarzan

tarzan2

cndwn

mdaki1

mdaki2

air

mdaki3

mdaki4

mdaki5

chalet2

waterprk1

waterprk2

waterprk3

waterprk4

waterprk5

waterprk6



Gunung Lambak Eco-Resort
Taman Rekreasi Gunung Lambak, Jalan Hutan Lipur Kluang
Johor

Phone : 07-7760077
Fax : 07-7760037

Chalet Rate:
Standard: RM80
Deluxe: RM90
Family: RM100

Waterpark entry:
Adult: RM5.00
Children: RM3.00
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...