Mulberi
Aku tak tau mane patut aku mulakan..

Sememangnya sebagai seorang ibu atau ayah, kita selalunya ingin buat yang terbaik untuk anak2..

Alhamdulillah.. sebagai seorang ibu, sememangnya aku amat berbangga punyai anak seperti Faizeen..
Di sekolah, Faizeen mmg dikenali dikalangan guru2 dan rakan2nya.. Bukan setakat menjadi pengawas, Alhamdulillah aku akui die salah seorang murid yang dianggap "cepat tangkap" oleh guru2nya. Mampu bekerjasama dgn baik dgn rakan2 yg lain, mudah mesra dan macam2 lagi. Bukan di sekolah kebangsaan saja, malah di KAFA juga die menjadi perhatian ustaz2 & ustazah.. pencapaiannya memang amat membanggakan aku & abahnya..
Hadiah demi hadiah di sediakan andainya die berjaya atau cemerlang dalam peperiksaan.. bukan dari kami saja, malah dari pakcik & makciknya yg lain.. Setiap kali pertemuan keluarga, pastinya topik "dapat nombor berapa" akan dipersoalkan..

Tanpa kami sedari, kami telah meletakkan "beban" terhadap dirinya.. Jika dia tidak melakukan ape2 yg sewajarnya, kami "hukum" die tanpa kami sendiri sedari.. Jika dia melakukan kesilapan, kami anggap bahawa kami telah sedaya upaya mengajar dia.. Namun sebenarnya kami terlupa bahawa peringkat pembesaran anak2, bukanlah setakat akademiknya sahaja.. luarannya saja.. tanpa mempedulikan hakikatnya emosi mereka tercalar dengan tindakan kami.

Anak2.. walau sehebat mana mereka.. walau sepintar mana sekalipon.. mereka tetap kanak2.. mereka masih perlukan persekitaran dimana mereka boleh bermain dengan riang bersama kawan2.. mereka tidak boleh dipisahkan dari dunia permainan.. mereka perlukan dunia khayalan mereka.. mereka hanya mengikut caturan alam yg telah ALLAH gariskan buat mereka.. dan kita sebagai ibubapa tidak mampu untuk men"dewasa"kan akal & fikiran mereka..

Terima kasih kepada Cikgu Sharipah yg telah membuka "mata hati" kami.. Walaupon dia bukan lagi guru yg mengajar anakku, tapi keprihatinannya melebihi kami ibu bapanya sendiri.. Terima kasih Cikgu.. Semoga ALLAH mengurniakan kebahagiaan yg berpanjangan kepada Cikgu sekeluarga..

Untuk anakku.. Maafkan ibu & abah kerana tersilap perhitungan dalam mendidik kalian.. Sememangnya kadangkala ibu akui, mungkin kami mendambakan kesempurnaan .. tetapi kami lupa diri kami juga tidak sempurna
Labels: edit post
5 Responses
  1. ana Says:

    ye la mul....kita mak ayah mmg nak yg terbaik utk anak2....cuma kdg2 kita lupa depa tu masih 'kanak2'...

    sama2 buat peringatan utk diriku juga....


  2. abbysyidah Says:

    sabar mul...

    berilah dia peluang untuk merasai sedikit alam kanak2 yang hanya sekali dalam hidup...tp perlu dipantau dan diperhatikan selalu supaya tak terbabas...


  3. iNa Says:

    Kdg2 kita sendiri x tersedar yg kita terlalu memaksa anak2....... :) ... tp biase la Mul.....parents kan mesti nk yg terbaik tuk anak2...cume kita x sedar,apa yg terbaik tuk kita x semestinye baik tuk anak2 jugak.. :)


  4. Ummi Amani Says:

    kak mul...sy rs bl sudah mnjd ibubapa kekdg kita tanpa sedar hanya senang mnerima yg baik sj dr anak2.kita pn selalu rs fikirn dan tindakn kita betul.hakikatnya kita nipn hanya manusia biasa yg walaupn brgelar ibubapa tk akan trlps dr mbuat salah.bl kita sedar kita buat salah,kita akui dan kita minta maaf even kpd anak2 insya-Allah hati jd lega.sebg manusia tidak salah kita mbuat salah tapi salah kalau kita asyik ulang mbuat salah yg sama.


  5. Mulberi Says:

    Terima kasih semua..
    Betul gak kan..
    Kdg2 kita turut dipengaruhi oleh persekitaran..
    Org tu citer anak die bagus camni, kdg2 kita pon nak wat gak camtu..
    Org ni citer anak die dpt camtu camni.. kita pon kalau boleh nak anak kita dapat camgitu gak..
    Tp hakikatnya kita lupa, pencapaian anak masing2 adalah berbeza..
    Tp mengapa kita masih "terikat" dgn pemikiran begitu?? Why?? Whyy??


Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...