Mulberi
Sape tak pernah tengok citer Nur Kasih kat TV3 setiap hari Jumaat jam 9 malam??



To be honest, aku ni bukanlah jenis yang suka bertenggek depan TV tengok drama2 kat TV.. Bukan ape.. drama kita ni kadang2 jalan ceritanya hampir same jek semua..

Tp ntah camner aku leh tertengok lak citer Nur Kasih ni dari episod 1 lagi.. dan secara jujurnya aku mengaku aku sukeee sgt, sampai tak sabar2 nak tunggu episod seterusnya.. Huhuuuu..

Ape yang aku suke pasal drama ni? Aku sukeee sinematografinyaa.. aku suke teknik pencahayaan yang digunakan. Gabungan kedua2nya ni, menjadikan scene dalam Nur Kasih ni benar2 dramatik.. Dalam drama ni, semua shot yang digunakan memang kena dengan scene drama tu… shot sawah padi bergoyang ditiup angin, shot berlatar belakangkan bangunan lama, shot yang guna lighting samar-samar masa scene dalam masjid, shot burung terbang… Tp yg paling penting, aku suke sangat dengan jalan ceritanya.. ade unsur2 keagamaan.. kasih sayang.. pengorbanan.. cinta .. .. Even dalam drama lain ade gak unsur2 camni, tapi Nur Kasih lain dari yang lain.. Pelakon2 die pon memang feel abisss laaa. Rase macam aku lak yang berlakon skali dalam tu.. heheheh

Kisah Aidil seorang anak yang patuh pada ajaran agama serta taat pada ibubapanya, VS Adam, si adik yang yang hidup bergelumang dosa & seringkali menimbulkan masalah sejak dari kecil lagi. Si ayah yang sentiasa mengharap anaknya akan berubah, bertekad untuk menikahkan Adam dengan Nur Amina agar dapat membimbing Adam kembali ke pangkal jalan.
Dalam masa yang sama, Aidil sebenarnya menyimpan perasaan terhadap Nur Amina. Namun demi menjaga hati org tua.. dia terpaksa berkorban.
Adam yang memang membantah keras pernikahan tersebut, bertindak pulang ke Australia menemui buah hatinya Katrina sebaik sahaja selesai urusan pengkebumian ayah Adam. Bukan itu saja, malah Adam meninggalkan Nur Amina sendirian di Malaysia dan menegaskan bahawa mereka harus menjalani kehidupan berasingan. Kecewa dengan tindakan seorang suami, Nur Amina begitu pun meneruskan kehidupan sebagai seorang siswi. Namun dia tidak berani untuk pulang ke kampung menemui keluarganya dan berterus terang mengenai tindakan Adam. Namun akhirnya Nur Amina bertemu semula dengan Aidil dan kepada Aidil lah dia meluahkan segala kekecewaan yang ditanggungnya.
Dalam masa yang sama, Adam berkahwin dengan Katrina & hanyut dengan dunianya. Namun, kemalangan yang meragut nyawa bayi dalam kandungan Katrina benar2 mengubah pemikiran & sikap Adam. Dia kembali ke pangkal jalan...
Adam akhirnya pulang ke Malaysia & membawa Katrina bersamanya. Tetapi atas nasihat Aidil, Katrina terpaksa ditinggalkan di hotel supaya Adam dapat menyelesaikan masalahnya satu persatu.
Dalam masa yang sama, Nur Amina pula bertekad untuk berterus terang dengan keluarganya perkara yang sebenar setelah 4 tahun hidup dalam penipuan. Nur Amina ingin dilepaskan, namun sikap Adam yang berubah benar2 menjadikan Nur Amina dalam dilema.. Apetah lagi setelah mengetahui ibu mertuanya mempunyai penyakit darah tinggi & masalah jantung..
Adam pula terpaksa berdepan dengan sikap Katrina yang sudah berputus asa dengan hidupnya. Sepeninggalan Adam, Katrina cuba membunuh diri tetapi berjaya diselamatkan oleh Aidil yang kebetulan datang untuk melawatnya di hotel.
Adam semakin teruji.. Perasaan sayang yang mula timbul terhadap Nur Amina juga menjadikan Adam semakin serba salah untuk menceritakan perihal Katrina kepada Nur Amina.. Nur Amina pula bertegas menyatakan bahawa dia tidak akan sekali2 menerima Adam kembali dalam hidupnya.
Huhuuuu.. tak sabar weiii nak tahu kisah seterusnyaaaaa..
12 Responses
  1. Azmiezas Says:

    salam kenal...I like 2,3,4......


  2. Mulberi Says:

    Hehehe.. kita serupaaaaaaaa az..
    P/s.. salam kenal jugakkk


  3. iNa Says:

    mul..ina pon suke gak cite nie....suke sgt2...


  4. Mulberi Says:

    Wah Ina.. calitttt


  5. adha Says:

    aku pon suka jugakk...

    i like remy ishak.. wakakakk
    fezz fairus pun hensem nyah.. hehhehe


  6. ana Says:

    baru tertengok episod last week, tp selalu lupa....mul aja lah yg tulis kat sini...eheh


  7. Mulberi Says:

    Del.. ko pon suke gak kee.. ngehngehh..Yewwwww.. minat Remy Ishakk.. Aku nk minat Jalaludin Hassan bleh takk?? Kahkahkah

    Neisya.. Aiseyyy.. nak taip kat sini, tak syiokkkk ahh.. takde feel.. tgk jek kat website TV3 tu..


  8. ana Says:

    TV3 ku tak leh masuk....access denied darling...ehehe


  9. Ummi Amani Says:
    This comment has been removed by the author.

  10. Ummi Amani Says:

    Akak...ezpn suka n tak sabar tnggu next episod.


  11. Mulberi Says:

    Alahai neisya.. ciannyerrr.. youtube pon takleh bukak ke?

    Ez.. hehe.. selamat datanggggg.. meh ah kite ngadap TV3 kol 9 mlm hari Jumaat


  12. ana Says:

    mlm ni ku join mu dari kangar tgk citer ni...ekeke...(tu pun kalau ku tak jg p tgk cinema ngan hb....)...:)


Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...