Tiba2 keluarga kami jadi kelam kabut...
Bukan ape.. sebenarnye dalam masa masih ke sana ke mari dgn open house.. masih lagi dalam suasana hari raya.. Tiba2 diberitakan abah bakal berangkat mengerjakan haji dalam masa 2 minggu lagi..
Telefon masing2 jadik hotline.. bagaimana perancangan kenduri.. siapa yg ditugaskan untuk membawa abah ke Kuala Lumpur.. rumah siapa yang akan dijadikan port utk ahli2 keluarga berkumpul.. menguruskan cuti kerja.. menguruskan cuti anak2 sekolah.. berkejar ke sekolah berdiskusi dgn cikgu2 bagi menunda peperiksaan akhir tahun dan sebagainya lagi.. Memang memenatkan.. semuanya harus diatur dalam masa yg sebegitu singkat!
Tp Alhamdulillah.. perancangan awal berjalan dengan begitu lancar.. Dalam gembira, sebak dan sedikit kegusaran melepaskan abah pergi (abah pergi sendirian.. di waktu usianya mencecah 83 tahun) namun hanya doa dapat diiringkan agar abah diberi kekuatan, dikurniakan kesihatan yang mantap, dimudahkan segala urusannya di sana dan selamat pergi serta pulang ke tanahair kelak.. Dan paling utama, abah mendapat haji mabrur.. InsyaALLAH..
Ape pun, perencanaan Allah itu mengatasi segalanya.. Selepas memastikan abah selamat check in di Kelana Jaya jam 3.30 pagi dan menerusi skrin di luar dapat kami lihat abah menyorong begnya sebelum melangkah masuk ke dewan.. kami adik beradik pulang ke rumah kakak di Kg Tunku untuk berehat & melelapkan mata barang seketika sementara menanti azan subuh berkumandang..
Hampir jam 7 pagi, kakakku mendapat panggilan telefon dari abah menyatakan bahawa para jemaah haji kira2 seramai 400 org bersama2 dgn abah itu, masih terkandas di Kelana Jaya kerana flight delay.. Suara abah begitu kepenatan, dapat kami rasekan bagaimana abah terpaksa menghadapi situasi ketika itu dgn sisa2 kudrat yg ada.. lantaran kurang rehat.. dan kurang tidur.. Hanya dapat mendoakan agar abah bersabar dgn dugaan yg Allah berikan..
Abang2 & abg ipar bergegas ke Kelana Jaya untuk mendapatkan berita sebenar.. dan sedikit harapan agar dapat berjumpa dgn abah, memberikan semangat padanya. Namun pengawal keselamatan yang bertugas memberitahu bas membawa bakal jemaah haji telah pon berangkat menuju ke KLIA jam 7 + pagi. Alhamdulillah.. Dan sedikit penerangan oleh pegawai bertugas, ahli keluarga memang tidak dibenarkan untuk bertemu dgn bakal jemaah selepas sahaja mereka check in.. (Oooo.. camgitu ehhh)
Jam 10 pagi.. Abangku menelefon.. bertanya berita terkini.. Abah memberitahu mereka ditempatkan dihotel yang penuh dengan orang puteh! (Heheheh.. kelako lak dengoo) dan abah merungut kerana dihotel tiada air! Adehhh.. bagai nak pecah perut kami adik beradik.. Mustahil dihotel yg penuh dgn org puteh takde air.. kebarangkalian besarnya, mungkin abah tak tahu camne nak bukak pili air yang berteknologi tinggi nii.. muahahahaaaaaa...
Akhirnya, kira2 jam 1.30 t/hari.. abah menelefon sekali lagi & memberitakan bahawa abah kini sudah pon berada di dalam pesawat, menunggu masa sahaja untuk berlepas.. Alhamdulillah.. Barulah terasa betul2 lega.. dan masing2 yg masih berkampung di Kg Tunku, bersiap2 untuk pulang ke rumah masing2..
Ape pon, kuasa ALLAH mengatasi segalanya.. baru hendak menarik nafas lega.. tiba2 kakak mendapat panggilan telefon.. sepupu kami di Melaka, baru sahaja menghembuskan nafas terakhir.. meninggal dunia akibat pendarahan dalam otak kerana terjatuh di bilik air.. Innalillahi wa inna ilahi raajiun..
Sedihnya, sebaik sahaja abah berangkat ke tanah suci, anak saudara abah pula menyahut panggilan Ilahi.. Berita ini masih kami rahsiakan dari abah kerana tidak mahu abah bersedih.. kerana sepupuku ini merupakan salah seorang anak saudara kesayangan abah.. yg terlalu banyak mengambil berat tentang abah.. yang terlalu banyak menyokong abah.. Tapi ternyata Tuhan lebih menyayanginya..
Sekali lagi.. segala rancangan terpaksa dibatalkan, dan masing2 pulang ke Melaka untuk menziarahi jenazah..
Al-Fatihah.. semoga rohnya dimasukkan ke dalam golongan mereka yang beriman..

Salam...
Kitani memang hanya mampu merancang ja kan Kak Mul. Ummi suka dengar orang pergi haji sebab Ummi teringin sangat-sangat nak pergi. Semoga Allah mempercepatkan jemputan Ummi ke sana...Amin.