Mulberi
Berinspirasikan siri The Biggest Loser dan beberapa cabaran yang rakan2 blogger lakukan, aku & beberapa org rakan forem berpakat untuk mencabar diri kami sendiri dengan Lose Weight Challenge (LWC).

Walaupon pada awalnya ade pihak yang menunjukkan perasaan tidak senang terhadap usaha kami ini, namun kami anggap ia sebagai satu cabaran & inspirasi untuk membuktikan bahawa InsyaALLAH usaha kami ini bakal membuahkan hasil..

**********************************************
Adalah dimaklumkan bahawa "Lose Weight Challenge" akan diadakan bermula 16 Nov. 2009.

Tujuan cabaran ini dianjurkan supaya kita sama2 dapat memotivasikan diri sendiri dalam usaha menurunkan berat badan secara sihat dan selamat. Dengan cara ini juga, ahli2 dapat saling memberi dorongan & sokongan antara satu sama lain.

Syarat2 penyertaan:
1. RM50/person akan dikenakan untuk menyertai LWC ini. Tujuannye supaya anda lebih komited, lebih serius dan berusaha dengan gigih untuk mencapat berat yg diidamkan. (Duit ni pon utk hadiah tauuu.. sebab tak dpt carik sponsor! Hehehe)
2. Anda memang berlebihan berat badan.. yg kurus cikeding tak layak!
3. Takde penyakit kronik, tidak pregnant
4. Cabaran ini akan berlangsung selama 3 bulan. Bermula 16 Nov 2009 sehingga 16 Februari 2010.
5. Sebarang produk pelangsingan adalah TIDAK DIBENARKAN.
6. Kaedah menurunkan berat badan: Menjaga pemakanan dan melakukan senaman, tak kisahla nak jogging ke.. skipping ke.. jalan2 ke.. gym etc..
7. Blog personal akan disediakan untuk anda meng-update segala pemakanan harian anda. Nak letak ape2 berkaitan usaha anda menurunkan berat badan juga adalah dialu2kan, seperti tip senaman yang berkesan, resepi2 menu sihat dan sebagainya lagi
8. Jika dalam tempoh cabaran ini berlangsung dan anda disahkan terpregnant atau pon jatuh sakit.. anda dibenarkan untuk menarik diri dari cabaran ini. Wang akan dikembalikan (jgn risauu beb!)
9. Anda dinasihatkan untuk mengutamakan kesihatan & keselamatan masing2.
10. Peserta yang paling byk dapat menurunkan berat badan dalam tempoh 3 bulan itu bakal menerima hadiah istimewa. Para peserta yang lain juga akan diberikan hadiah penghargaan.
11. Tarikh tutup penyertaan: 15 Nov 2009.
12. Utk details, sila ke http://youarewhatyouthinkyouare.blogspot.com/2009/11/lose-weight-challenge-lwc.html
Mulberi
Ape yang seronok sangat?

Mane tak seronok... bila kawan lame yg dah lost contact hampir 15 tahun, tiba2 dpt dihubungi semula melalui facebook..

Mane tak seronok.. kawan aku.. x-roomate aku.. homeroomate aku tuuuu.. time dok asrama mase Form 4 & Form 5 dulu.. yg susah senang same2.. yg gado pon samer2.. ahakssss

Mane tak seronok.. dan lebih2 seronok.. member rupenye bakal melangsungkan perkahwinannyaa.. Alahaii.. langkah kanan ahhh... patutlaaa mata ni asik kenyit2 jekk.. tekak ni lak cam gatal jek nk mkn nasik beriani.. Rupenye nak dapat beriani FREE!

Selamat Pengantin Baru buat Eda & suami.. Moga berbahagia selalu dunia akhirat, sentiasa dlm restu Ilahi & cepat2lah hendaknye dikurniakan zuriat! Aminnnnnn


Encik suami tak dapat dikesan utk bergambo bersama, missing in action! Hahaaa.. gi solat Zohor dgn pak mentua kat surau kottt


Me, Eda & Yan, same2 dok pulun ngadap buku kat MARESMA dulu.. Ala2 ulat buku le kununnnn.. Yg budak kecik tudung biru tuu.. sekadar pelakon tambahan dalam ini pilem.. buleh giteww?
Mulberi
Tau takk??
Adalah disarankan anda supaya memakai spek itam semasa memandu, terutamanya dalam hujan lebat..
Jika hujan pada waktu malam pula, disarankan memakai spek kuning (kalau takde, pinjamlah anak punyer.. yg beli kat kedai 2 ringgit tu.. heheh)
Betul niii.. tak tipu punyerr..

Nape? Tak logik? Gilo poooo.. hujan2 nak pakai spek itamm??
Ni bukan aku kate tauu.. Tp pernah tengok kat Malaysia Hari Ini.. lame dah duluuu..Tips pemanduan semasa hujan lebat..

Mula2 memang tak caye.. Tp aku dgn Mr. Hubby dah pernah try.. Hasilnya memang menakjubkan!!
Bila kita pakai spek itam tu kan.. seolah2 ia sort out imej hujan dari mata kita.. Kita akan lebih nampak objek2 lain.. spt kereta kat depan kita.. bangunan2.. etc.. So pandangan kita jadi lebih jelas..

Tak caya gak?? Haaa cubalah sendiri baru tauu.. Nanti bagi komen kat sini..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...