Mulberi
Khamis 27 Ogos 2009...

Kira2 jam 12.30 t/hari, aku menamatkan agenda masak tengahari dgn menggoreng nuget. Setelah habis masak, nuget ku angkat, ku letak dalam tapis dan ku tutup dengan kertas tisu sementara menanti ia sejuk.
Aku pon bersiap2 utk mengambil Faizeen di sekolah. 12.40 pm, aku keluar dr rumah. Kebetulan pulak mase tu Faizeen keluar agak lambat. Rasenye hampir jam 1.15, baru lah nampak btg hidungnya.
Sampai jek kat rumah, Faizeen yg membuka pintu tiba2 menjerit "Ibu!! Asappp!!"

Ya Rabbi..ku lihat asap hitam memenuhi ruang tamu rumah kami. Keadaan jadi gelap seperti hari hampir malam. Kami mula terbatuk2. Dengan menekup hidung ,aku segera berlari menuju ke dapur.

Ya ALLAH!!!! Kulihat api menjulang hampir ke syiling, dan rak2 rempah plastik yang melekat di dinding dah pon terbakar

Faizeen yg agak panik, ke hulu ke hilir berlari "amik airrrr!! amik air cepattt!!!"
Aku pulak berlari menuju ke bilir mencari kain.. Kain tebal.. akhirnya ku capai tuala pengesat kaki, ku basahkan dengan air dan cepat2 ku bawa ke dapur dan terus ku campakkan ke atas api. Bila api agak reda, barulah ke tepuk2 saki baki api yg masih menyala dengan tuala basah tersebut. Alhamdulillahhhh.. Dalam masa tak sampai 2 minit, api berjaya dipadamkan sepenuhnya..

Bila ditelek2 kembali, ku lihat kuali & sudip yg ku letak di dalam kuali tersebut telah rentung, hanya tinggal besi sahaja. Botol minyak, bekas garam, bekas rempah, hampir kesemuanya telah dimakan api. Dalam kuali terdapat rempah ratus seperti bunga cengkih dll,. yg juga telah menjadi arang. Pada pemerhatianku, kemungkinan besar api tu menjilat rak rempah, kemudian rempah2 tu jatuh ke dalam kuali.. Maka terjadilah "rempah terbakar"- nak challenge kisah Mahsuri beras terbakar.. huhuuu


Kuali dah hitam, dalam tu dh jadik debuu.. Sudip tinggal besi jekk


Rak rempah yg terbakar.. botol2 minyak, bekas garam.. habissss


Dinding yang berjelaga.. sampaila ke syiling.. Mujur senang dibersihkan oleh Mr. Muscle! (My hubby lee.. kehkehh) Tp syiling cadang nak cat je laa..

Bila dah reda, masing2 terlepak kat ruang tamu.. Tup2 nampak muka Faizeen hitam kena arang.. Aku tegurlaa.." tu ape hitam kat muke tu".. alih2 lak nmpk hidung Sofea pon hitam2.. Ape lagi, bile ku sapu2 lubang idung, ternyata lubang idungku jugak hitam!! Wakakakaka.. masing2 amik tisu, korek lubang idung.. berjelagaaa!! Terbahak2 kami anak beranak, ketawakan antara satu sama lain.. Tiba2 terasa indahnya hikmah disebalik musibah ini..

Alhamdulillah api belum sempat merebak ke salur gas.. Jenuh gak la Mr. Hubby terpaksa mengelap dinding2 dapur yg penuh kesan jelaga. Lantai keseluruhan rumah pon terpaksa dimop dek kerana asap hitam tu melekat kat lantai.. Barang2 di dry kitchen pon kena lap semuanya sebab penuh dengan habuk2 hitam yg berterbangan..
Namun aku bersyukur.. kami semua selamat.. dan rumahku juga selamat.. tiada kecederaan & kemalangan jiwa berlaku.
Mudah2an jadi iktibar.. hati2 semasa meninggalkan rumah..
2 Responses
  1. Ummi Amani Says:

    Salam...
    Syukur Kak Mul dan anak-anak tak apa-apa. Saya ni nama saja jiran tapi kalau tak ke rumah Kak Mul hantar kuah rojak pasti sampai sekarangpun tak tahu lagi.


  2. Unknown Says:

    Alhamdulillah. Tiada kemalangan jiwa berlaku. Bahaya sangat tuh. Nasib baik Mul amik langkah bijak dengan cepat. Kalau terover terkejut susah jugak, nak pikir buat tu kan. Apapun lepas ni kita sama2 berhati2.Maklumlah ada anak2 kecil ni.. :)


Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...