22 Ogos 2009.. Sabtu, awal Ramadhan
Mr Hubby beria2 mengajakku balik kampung di Melaka. Berbuka puasa bersama abah yg tinggal bersendirian bersama adikku yg synrom down. Tp ntah kenapa kali ni, rase berat hati sangat.. Walaupon dari awal dah merancang, pagi Sabtu tu baru ku packing baju2 yg hendak dibawa balik.
Alhamdulillah perjalanan berjalan lancar, kami singgah di pekan Masjid Tanah untuk membeli barang2 keperluan, ambil2 menjengah2 bazar Ramadhan disitu. Rupenya family kakakku turut balik untuk berbuka puasa bersama2.. Hmm.. bertambah meriahlaa..
9.30 mlm, selepas terawih Mr. Hubby bersiap2 untuk ke Simpang Empat, Alor Gajah. Kawannya dr KL datang untuk berjumpa dgnnya. Pd awalnya, mmg Mr. Hubby ajak kami pergi skali.. Tp memikirkan die nak pergi jumpa kawan, so malas la nak ganggu.. Nnti jenuh aku nak layan anak2 ni.. bukannye dorang reti duduk diam kalau dah rase boring.. So kulepaskan hubby pergi dgn pesanan, hati2 dgn jalan kampung.. byk lembu kat tgh jalan!
Kol 11 malam, mata pon dh makin kelat. Anak2 semua dh masuk tido. Tanpa sedar, aku pon terlelap skali..
Alih2 11.30 mlm, telefonku berbunyi.. No hp hubby terpapar di skrin
" Ayang.. Abg ade?" (abg iparku)
" Ade.. tp die dah tido.. nape?"
" Eksiden nii.."
"Hahhh?? Eksiden? Kat mane? Teruk ke?" Aku dah mula menggelabah.. jantung ni dup dap lajuuu jek
'"Keta takleh jalan.. mintak Abg dtg sini jap.. bleh?"
'ok.. ok..

Aku mula tak keruan.. Nak tido, duduk, baring.. serba tak kena.. Mase yg berlalu rase begitu lambat.. Ku jeling jam, hampir 1.30 pagi, tp Mr. hubby dan Abgku tak balik2 lagi.. Nk telefon, takut mengganggu pulak urusan dorang. Cuma jam 2.00 pg, kugagahi juga tangan ni untuk menghantar sms, bertanya perkembangannya. Mr Hubby bagitau, dorang tengah buat report kat Balai Polis Alor Gajah..
Jam 2.30 pagi, baru la Hubby & Abg tiba di rumah.. Walaupon hati meronta2 ingin bertanya, tp biarlah dulu.. Hubby mesti penat.. Cuma bersyukur die tak mengalami ape2 kecederaan..
Esoknya, bila bukak pintu rumah, ternampak lah bonet depan kereta yg remuk. Mulanya ku pikir kerosakan kecil je, tapi bila kudekati, waduhhhh terjongket jugak rupenyee.. Aircond semua condemn, tp mujur tak mengena bahagian enjin..
Menurut hubby, malam tu die follow sebuah kereta Myvi dari belakang.. Almaklumlaa.. jalan kampung, agak gelap dan berselekoh.. Tu la sampai di satu selekoh tajam, Hubby yang tak nampak ape yg ada disebalik selekoh tersebut, tiba2 agak terkejut kereta Myvi tersebut tiba2 berhenti kerana seekor kerbau sedang melintas jalan. So brek camne skali pon, terpaksa redha merempuh belakang Myvi tuu.. Huhuuu.. Ape pon aku tetap bersyukur kerana hubby selamat, pemandu Myvi tu pon tak mengalami ape2 kecedaraan..
Kusut gak nak pikir, nak repair kereta kat kampung ke.. atau nak bawak balik JB..Nk repair kat kampung, masalah pulak kami nak berulang alik. So gamble je la balik ke JB malam tu (terpaksa balik malam, sbb aircond rosakk huhuu). Alhamdulillah perjalanan berjalan lancar, walau sedikit risau di hati.. Tp doa dari abah & family, Alhamdulillah kami selamat tiba kedestinasi..
Post a Comment