Mulberi
Orang citer pasal raye.. aku pon nak citer gak laa.. hikhikkk

Takla meriah mana pon..
Malam raya, aku masih pulun buat kacang (coated nuts) tempahan terakhir untuk Abg Uda. Tak kisahlaa.. demi akak ipar tersayang yg teringin sgt nak makan kcg tu.. hikhik.. maklumla org baru abis pantangg..
Tu pon, Mr Hubby yang tolong buatkan.. Aku sibuk buat ketupat & kuah kacang.. My children le yg request.. layan jek laa.. Sudahnye, mase menggoreng kacang tu, aku rase cam nak pitam.. Huhuu.. Sib baik tak ape2..
Dah siap semua, aku terus landing atas tilam.. Dah tak terdaya dah rase.. Plan nak wat rendang ayam pon cancelllll

Pagi2 raya, saat org lain tgh solat Aidilfitri, aku terkontang kanting mem packing baju.. Huhuu padan le muke akuu. Pas Mr. Hubby balik sembahyang, makan2 jap, terus kiteorg bertolak ke Pontian.. Ziarah pusara mak & ayah mentua.. Pastu terus beraya di rumah Tok & sedara mara yang lain di sana..

Kira2 jam 4 ptg, kami bertolak balik ke Melaka.. untuk berhari raya bersama keluarga aku lakk..
Mulberi
14 Sept 2009.. jam 6.30 petang

Baru balik dari kedai repair TV, alih2 nampak asap hitam berkepul2 datang dr arah depan kawasan kejirananku ni.. Mula2 ingat org bakar sampah ke.. bakar tayar ke.. maklumlaa.. dah nak raya.. pasti masing2 sibuk mengemas kawasan rumah..

Tapi tiba2 tengok ramai yang keluar dari rumah, sambil menunjuk2 pada asap hitam tu. Faizeen dah berlari ke situ, nak menengok ape yang berlaku. Hubby & Sofea pon terkocoh2 meninggalkan aku sorang terkial2 dalam termangu, nak mengunci pintu rumah. Sedang dalam blur camtu, tiba2 lalu sebuah kereta wira yg dipandu seorang lelaki india.. "Ade rumah terbakar!" Katernye. macam paham2 jek ape yg aku tgh pikirkan..
So tak lengah lagi, aku pon cepat2 tutup pagar rumah, menjoinkan diri di tempat kejadian..

Sampai situ, tengok org ramai tengah berkumpul, sesetengahnye membantu mengeluarkan barang2 dari rumah mangsa.. Asap berkepul2 keluar dari bumbung rumah. Beberapa org jiran mengambil inisiatif memanjat bumbung sambil memancutkan air di kawasan tersebut.
Menurut seorang jiran, bomba telah di telefon 3-4 kali, tapi masih belum sampai2 lagi. Kereta peronda polis pon telah kelihatan bagi mengawal keadaan..

Apabila bomba sampai, kebanyakan mereka yang masih berusaha mengeluarkan barang dari tempat kejadian, diarahkan keluar oleh pihak bomba. Menurut jiran yang turut membantu, kebakaran berpunca akibat lintar pintas. Sebuah bilik habis musnah kerana bumbungnya roboh. Menurutnya lagi, sehari sebelum kebakaran berlaku, si anak ade mengadu terbau seperti benda hangit, tapi mungkin mereka menganggapnya hanya perkara kecil.

Aku turut meninjau ke bahagian dapur di mana pihak bomba sedang bertungkus kumus memadamkan api.. Di situ juga kelihatan bumbungnya telah roboh. Tp Alhamdulillah, api dapat dikawal dengan cepat dari merebak ke bahagian depan atau rumah2 disebelahnya..

Mmg agak lambat pihak bomba sampai, iaitu lebih kurang 1/2 jam.. Kalau la ade org yang terperangkap dlm rumah tu, rasenye mmg dah lame rentung.. Tapi kita pon paham jugak, waktu petang2 hari bekerja, jalan agak jem. Ditambah lagi dengan bazar2 Ramadhan yang ade.. melambatkan lagi perjalanan..
Kedengaran juga mulut2 yang berbicara, bahawa mereka tidak kenal tuan rumah tersebut. Hmmmm...

Apepon, ini benar2 dugaan yang hebat buat tuan rumah.. Tentu banyak yang perlu dibersihkan & diperbaiki. Apetah lagi hari raya yang bakal tiba dalam beberapa hari saje lagi.
Saat2 camni, betapa aku memanjatkan lagi kesyukuran kerana dapurku terbakar tidak seteruk ini. Syukur ya ALLAH...

Sedikit muhasabah diri:
1. Kenalilah jiran2 anda.. ni nak pesan jugak kat diri aku sendiri. Apetah lagi row aku ni, ramai yg non-malay.. Kecuali rumah sebelah menyebelah ni, yang lainnye kami setakat hai2, bye2.. senyum2 jek time jumpe.. tak pernah lak nak tanye name.. keje ape.. etc..
2. Sentiasa berwaspada dengan "petunjuk2' yang ALLAH berikan. Misalnya dalam kejadian ni, si anak dah terbau benda hangit, tapi dipandang remeh shj.

Sesuatu yang berlaku pasti ade hikmahnya. Mungkin selepas ini akan lebih peka terhadap jiran2 & persekitaran kita.. (dusshhhh.. mokcik terasooo jugakkk)

P/S Sebenarnya, ade gak amik amik video menggunakan hp.. Tp jenuh carik USB cable tak jumpe2.. So takleh nak transfer ke pc.. Mintak mahaplah tak dapat nak sertakan bukti tempat kejadian.. Huhuuuuu
Mulberi
Ade skali tu, aku gi Bazar Ramadhan.. Tp mase tu, aku & anak2 tunggu dalam kereta jek, sementara Mr. Hubby jek yang keluar untuk membeli juadah berbuka puasa..

Dalam menungu tu, tiba2 nampak seorang mamat berambut merah, berniaga karipap. popiah etc.. berdekatan dengan tempat parking tersebut.. Perwatakannye agak"lembut" dgn dressing yg agak kalerful.. (Umurnya ku anggarkan 30-40 tahun gakla) Tu tak kesahlaa kann..

Tp ape yg aku kesah sangat, bila mana mamat ni dengan selambanya minum abc rock di tempat yg terbuka macam tu.. Dah la tu, siap bagi air tu kat kawannya, mamat berambut perang.. Mamat berambut perang ni lak, pas sedut air dan campak plastiknya di tepi longkang, mula la keluarkan rokok.. dan hisap tanpa segan silu.. Mamat2 ni yg aku pasti, tentunya berketurunan Melayu, beragama Islam (kalau tak Islam, takkan la leh niaga kat Bazar Ramadhan kannn)
Bertambah tragis, bila datang 2 aweks gedik (rakan sepernigaan mereka) yang turut join hisap rokok sekali.. Aduhhh sedihnya tengokk gelagat remaja sekarang nii..

Tak lame pastu, datang lak sorang budak lelaki yg ku kira berumur 10-11 tahun.. Ponnn same lepak2 kat situ sambil menghirup airr.. Ape nak heran , kalau "pasak"nya tak kukuh, "bahagian2 rumah yg lain" pon bila2 mase akan roboh..

Sedihhh sangat.. camni ke sikap org Islam sekarang? Tak melampau kalau ku katekan, mereka ni begitu kurang ajar.. Tak beradab.. tak tahu menghormati bulan Ramadhan.. Kalau ye pon tak puasa, tapi tolong la hormati orang lain.. Tolong la malu pada kaum agama lain tu.. Kalau org Islam sendiri dah tak tahu menghormati agama mereka sendiri, camne kita nak expect org agama lain menghormati kitaaa???

Ya-ALLAH, jadikanlah zuriat keturunanku dari kalangan hamba-Mu yg soleh & solehah
Mulberi
22 Ogos 2009.. Sabtu, awal Ramadhan

Mr Hubby beria2 mengajakku balik kampung di Melaka. Berbuka puasa bersama abah yg tinggal bersendirian bersama adikku yg synrom down. Tp ntah kenapa kali ni, rase berat hati sangat.. Walaupon dari awal dah merancang, pagi Sabtu tu baru ku packing baju2 yg hendak dibawa balik.

Alhamdulillah perjalanan berjalan lancar, kami singgah di pekan Masjid Tanah untuk membeli barang2 keperluan, ambil2 menjengah2 bazar Ramadhan disitu. Rupenya family kakakku turut balik untuk berbuka puasa bersama2.. Hmm.. bertambah meriahlaa..

9.30 mlm, selepas terawih Mr. Hubby bersiap2 untuk ke Simpang Empat, Alor Gajah. Kawannya dr KL datang untuk berjumpa dgnnya. Pd awalnya, mmg Mr. Hubby ajak kami pergi skali.. Tp memikirkan die nak pergi jumpa kawan, so malas la nak ganggu.. Nnti jenuh aku nak layan anak2 ni.. bukannye dorang reti duduk diam kalau dah rase boring.. So kulepaskan hubby pergi dgn pesanan, hati2 dgn jalan kampung.. byk lembu kat tgh jalan!

Kol 11 malam, mata pon dh makin kelat. Anak2 semua dh masuk tido. Tanpa sedar, aku pon terlelap skali..
Alih2 11.30 mlm, telefonku berbunyi.. No hp hubby terpapar di skrin
" Ayang.. Abg ade?" (abg iparku)
" Ade.. tp die dah tido.. nape?"
" Eksiden nii.."
"Hahhh?? Eksiden? Kat mane? Teruk ke?" Aku dah mula menggelabah.. jantung ni dup dap lajuuu jek
'"Keta takleh jalan.. mintak Abg dtg sini jap.. bleh?"
'ok.. ok..

Aku mula tak keruan.. Nak tido, duduk, baring.. serba tak kena.. Mase yg berlalu rase begitu lambat.. Ku jeling jam, hampir 1.30 pagi, tp Mr. hubby dan Abgku tak balik2 lagi.. Nk telefon, takut mengganggu pulak urusan dorang. Cuma jam 2.00 pg, kugagahi juga tangan ni untuk menghantar sms, bertanya perkembangannya. Mr Hubby bagitau, dorang tengah buat report kat Balai Polis Alor Gajah..

Jam 2.30 pagi, baru la Hubby & Abg tiba di rumah.. Walaupon hati meronta2 ingin bertanya, tp biarlah dulu.. Hubby mesti penat.. Cuma bersyukur die tak mengalami ape2 kecederaan..

Esoknya, bila bukak pintu rumah, ternampak lah bonet depan kereta yg remuk. Mulanya ku pikir kerosakan kecil je, tapi bila kudekati, waduhhhh terjongket jugak rupenyee.. Aircond semua condemn, tp mujur tak mengena bahagian enjin..

Menurut hubby, malam tu die follow sebuah kereta Myvi dari belakang.. Almaklumlaa.. jalan kampung, agak gelap dan berselekoh.. Tu la sampai di satu selekoh tajam, Hubby yang tak nampak ape yg ada disebalik selekoh tersebut, tiba2 agak terkejut kereta Myvi tersebut tiba2 berhenti kerana seekor kerbau sedang melintas jalan. So brek camne skali pon, terpaksa redha merempuh belakang Myvi tuu.. Huhuuu.. Ape pon aku tetap bersyukur kerana hubby selamat, pemandu Myvi tu pon tak mengalami ape2 kecedaraan..

Kusut gak nak pikir, nak repair kereta kat kampung ke.. atau nak bawak balik JB..Nk repair kat kampung, masalah pulak kami nak berulang alik. So gamble je la balik ke JB malam tu (terpaksa balik malam, sbb aircond rosakk huhuu). Alhamdulillah perjalanan berjalan lancar, walau sedikit risau di hati.. Tp doa dari abah & family, Alhamdulillah kami selamat tiba kedestinasi..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...