Mulberi
14 Sept 2009.. jam 6.30 petang

Baru balik dari kedai repair TV, alih2 nampak asap hitam berkepul2 datang dr arah depan kawasan kejirananku ni.. Mula2 ingat org bakar sampah ke.. bakar tayar ke.. maklumlaa.. dah nak raya.. pasti masing2 sibuk mengemas kawasan rumah..

Tapi tiba2 tengok ramai yang keluar dari rumah, sambil menunjuk2 pada asap hitam tu. Faizeen dah berlari ke situ, nak menengok ape yang berlaku. Hubby & Sofea pon terkocoh2 meninggalkan aku sorang terkial2 dalam termangu, nak mengunci pintu rumah. Sedang dalam blur camtu, tiba2 lalu sebuah kereta wira yg dipandu seorang lelaki india.. "Ade rumah terbakar!" Katernye. macam paham2 jek ape yg aku tgh pikirkan..
So tak lengah lagi, aku pon cepat2 tutup pagar rumah, menjoinkan diri di tempat kejadian..

Sampai situ, tengok org ramai tengah berkumpul, sesetengahnye membantu mengeluarkan barang2 dari rumah mangsa.. Asap berkepul2 keluar dari bumbung rumah. Beberapa org jiran mengambil inisiatif memanjat bumbung sambil memancutkan air di kawasan tersebut.
Menurut seorang jiran, bomba telah di telefon 3-4 kali, tapi masih belum sampai2 lagi. Kereta peronda polis pon telah kelihatan bagi mengawal keadaan..

Apabila bomba sampai, kebanyakan mereka yang masih berusaha mengeluarkan barang dari tempat kejadian, diarahkan keluar oleh pihak bomba. Menurut jiran yang turut membantu, kebakaran berpunca akibat lintar pintas. Sebuah bilik habis musnah kerana bumbungnya roboh. Menurutnya lagi, sehari sebelum kebakaran berlaku, si anak ade mengadu terbau seperti benda hangit, tapi mungkin mereka menganggapnya hanya perkara kecil.

Aku turut meninjau ke bahagian dapur di mana pihak bomba sedang bertungkus kumus memadamkan api.. Di situ juga kelihatan bumbungnya telah roboh. Tp Alhamdulillah, api dapat dikawal dengan cepat dari merebak ke bahagian depan atau rumah2 disebelahnya..

Mmg agak lambat pihak bomba sampai, iaitu lebih kurang 1/2 jam.. Kalau la ade org yang terperangkap dlm rumah tu, rasenye mmg dah lame rentung.. Tapi kita pon paham jugak, waktu petang2 hari bekerja, jalan agak jem. Ditambah lagi dengan bazar2 Ramadhan yang ade.. melambatkan lagi perjalanan..
Kedengaran juga mulut2 yang berbicara, bahawa mereka tidak kenal tuan rumah tersebut. Hmmmm...

Apepon, ini benar2 dugaan yang hebat buat tuan rumah.. Tentu banyak yang perlu dibersihkan & diperbaiki. Apetah lagi hari raya yang bakal tiba dalam beberapa hari saje lagi.
Saat2 camni, betapa aku memanjatkan lagi kesyukuran kerana dapurku terbakar tidak seteruk ini. Syukur ya ALLAH...

Sedikit muhasabah diri:
1. Kenalilah jiran2 anda.. ni nak pesan jugak kat diri aku sendiri. Apetah lagi row aku ni, ramai yg non-malay.. Kecuali rumah sebelah menyebelah ni, yang lainnye kami setakat hai2, bye2.. senyum2 jek time jumpe.. tak pernah lak nak tanye name.. keje ape.. etc..
2. Sentiasa berwaspada dengan "petunjuk2' yang ALLAH berikan. Misalnya dalam kejadian ni, si anak dah terbau benda hangit, tapi dipandang remeh shj.

Sesuatu yang berlaku pasti ade hikmahnya. Mungkin selepas ini akan lebih peka terhadap jiran2 & persekitaran kita.. (dusshhhh.. mokcik terasooo jugakkk)

P/S Sebenarnya, ade gak amik amik video menggunakan hp.. Tp jenuh carik USB cable tak jumpe2.. So takleh nak transfer ke pc.. Mintak mahaplah tak dapat nak sertakan bukti tempat kejadian.. Huhuuuuu
1 Response
  1. Ummi Amani Says:

    Salam...
    Insaf juga sebab sayapun sama,kurang mengenali jiran kecuali yang paling dekat dengan rumah.


Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...