Mulberi
Selamat menyambut hari lahir yang ke-9 buat anak ibu yang tersayang.. Muhammad Faizeen Irfan...
Semoga ALLAH sentiasa merahmati & melindungimu selalu..
Kasih sayang ibu, abah & adik akan sentiasa mengiringi tiap detik nafasmu..
Mudah2an dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang hayat, dimurahkan rezeki, dijadikan anak yang soleh.. yg sentiasa menjadi penyejuk hati ibu & abah.. hidup dalam iman & kasih sayang ALLAH.. Amin..

PESAN BUAT ANAK

Kita adalah penumpang yang sebentar cuma
menyinggahi pelabuhan fana
untuk ke destinasi yang abadi.
Persiapkanlah diri
dengan bekal iman dan taqwa
buat menempuh gelora segara
yang tidak ketentuan.
Persucikan naluri
dengan zikir dan fikir
buat merempuh ribut dan kabut
yang berserabut.
Nanti akan kaurasai pelayaranmu
tenang dan senang.

Kita adalah ciptaan yang bertuan Tuhan.
Di mana jua bumi dipijak,
di situ jua risalah hak kita sanjung,
amanah mutlak kita junjung.
Adat bertentu, bilang teratur.
Mari kita langkahi kehidupan
dengan gerak akal lebih tepat
dan tindak lebih cermat.
Nanti akan kausedari serta insaf,
tidak kaulanjuri atau khilaf.

"Berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah,
jangan kamu bercerai-berai" - firman Tuhan.
Kita sesama Muslim adalah bersaudara.
Terluka di jari kanan, di kiri turut berduka.
Ibarat lidi, sebatang mudah dipatah-belah,
jika segenggam ampuh dan kukuh.

Carilah olehmu kebahagiaan ukhrawi,
di samping tidak dilalaikan kesenangan duniawi.
Tiada harta jadi pusaka,
hanya al-Quran dan as-Sunnah
berupa pedoman dan panduan
petunjuk sepanjang jalan
untuk nanti kaukembali ke asal mula.

Puisi dari: http://kanvaskarya-amal4444.blogspot.com/2008/09/puisi-pesan-buat-anak.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...