Mulberi
Copy paste dari blog Iza Aziz. Thanx ya! Cayangggg ko!


Gerhana matahari 1999 di Peranchis

Gerhana matahari terjadi ketika posisi Bulan terletak di antara Bumi dan Matahari sehingga menutup sebagian atau seluruh cahaya Matahari. Walaupun Bulan lebih kecil, bayangan Bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya karena Bulan yang berjarak rata-rata jarak 384.400 kilometer dari Bumi lebih dekat dibandingkan Matahari yang mempunyai jarak rata-rata 149.680.000 kilometer.

Akan datang..
1. Akan berlaku pada 29 Muharram 1431H bersamaan 15/01/2010 (petang hari Jumaat)
2. Detik2 gerhana matahari:
- Bulan mula menutupi matahari dgn kadar 10% - jam 3.35 petang
- Bulan mula menutupi matahari dgn kadar 30% - jam 4.20 petang
3. Solat Sunat Gerhana Matahari - 4.00 petang

Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud... "Matahari dan bulan itu menjadi bukti kedua2nya drpd tanda2 kekuasaan Allah. Allah menakutkan hamba2nya dgn perubahan matahari dan bulan. Dan bahawasanya matahari dan bulan itu tdk berlaku gerhana kedua2nya disebbkan mati seseorg dari kalangan manusia. Maka apabila kamu melihat berlakunya sesuatu (gerhana matahari dan bulan), maka sembahyglah kamu (solat sunat gerhana) dan berdoalah kpd Allah sehingga cahaya matahari atau bulan tersingkap semula pada penglihatan kamu". (Riwayat Imam Muslim)

Amaran dari Allah SWT - "Gerhana matahari merupakan amaran Allah SWT kpd seluruh manusia agar patuh dan setia di atas segala titah perintah Allah SWT dan menjauhi laranganNya".

Amalan - Di antara amalan yg dituntut melaksakannya ketika berlaku gerhana matahari dan bulan adalah solat sunat gerhana matahari / bulan, mendengar 2 khutbah, bertaubat drpd segala dosa besar dan kecil, bersedekah, berdoa dan beristigfar.
Berdoa : Semoga selepas berlakunya gerhana bulan aliran angin dan air yg lebih baik, perubahan cuaca yg lebih baik dan peralihan musim yg lebih baik.

Rasulallah SWA bersabda yg bermaksud... "Jikalau Allah Taala menahan pergerakan angin selama 3 hari nescaya berbau busuklah di antara langit dan bumi.

Info tambahan:

Perbezaan Antara Gerhana Bulan dan Gerhana Matahari


Gerhana Bulan

Gerhana Matahari

1

Biasanya berlaku pada pertengahan bulan hijri.

Biasanya berlaku pada akhir bulan hijri.

2

Berlaku pada waktu malam.

Berlaku pada waktu siang.

3

Disunatkan membaca al-Fatihah dan surah secara kuat (jahar).

Disunatkan membaca al-Fatihah dan surah secara perlahan (khafiyy).


Lafaz niat solat sunat gerhana matahari:

أُصَلِّى سُنَّةَ الْكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”


Cara & bilangan rakaat (gerhana matahari & gerhana bulan)

1.Yang terlebih sempurna ialah dilakukan 2 rakaat dengan setiap rakaat 2 ruku’ dan 2 qiyam yang dipanjangkan bacaan surah dan tasbihnya pada kedua-dua rakaat
(Kesimpulannya: jumlah ruku’, qiyam dan sujud adalah sebanyak 4 kali dalam dua rakaat solat sunat gerhana). Ini adalah cara yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. bersama para sahabatnya dan melibatkan masa yang amat panjang. Kadar panjang bacaan surah ialah surah al-Baqarah (286 ayat) dalam qiyam pertama, sirah Aali Imran (200 ayat) dalam qiyam kedua, surah al-Nisa’ (176 ayat) dalam qiyam ketiga, dan surah al-Ma’idah (120 ayat) dalam qiyam keempat). Kadar panjang tasbih ialah sekadar bacaan 100 ayat dalam ruku’ dan sujud pertama, sekadar bacaan 90 ayat dalam ruku’ dan sujud kedua, sekadar bacaan 70 ayat dalam ruku’ dan sujud ketiga, dan sekadar bacaan 50 ayat dalam ruku’ dan sujud keempat.

2.Yang lebih sempurna dilakukan 2 rakaat dengan 2 kali ruku’ dan 2 kali qiyam, dengan tidak dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat. Ini adalah cara yang sederhana dan tidak memakan masa yang lama.
----->Rakaat pertama : Niat solat sunat gerhana matahari atau bulan dan diikuti dgn membaca Surah Al-Fatihah dan surah kemudian rukuk, kemudian bangun semula. Berdiri membaca Surah Al-Fatihah dan surah, kemudian rukuk, kemudian iktidal, kemudian sujud, duduk antara dua sujud, sujud. Maka sempurnalah rakaat pertama. Kemudian teruskan dgn rakaat kedua seperti mana rakaat pertama.

3. Sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa. Ini adalah cara dan bilangan rakaat yang paling minimum dan melibatkan tempoh yang singkat.

Sumber lain: http://ppips.utm.my/ppips/index.php?option=com_content&task=view&id=106&Itemid=116
http://id.wikipedia.org/wiki/Gerhana_matahari


4 Responses


  1. ira_kecik Says:

    thanks for the info mul....


  2. iNa Says:

    gud info mul...thanks


Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...