Mulberi
Kebanyakan entry blog bercerita pasal tahun baru..
So aku pon nak wish gak Happy New Year.. Moga 2010 adalah yg terbaik buat diri kita dari tahun2 sebelumnya..

Tapi tirai 2009ku dilabuhkan dengan cerita seorang rempit yg tersungkur.. huhuuu

Haaa itulah cerita tentang keberanian & kehebatan anak bujangku yg berkeinginan tinggi menyertai lumba basikal peringkat Jln Kemuliaan 3X.. Berakhir dengan kesungkuran yg begitu sadis & menyakitkan.

Dan saat2 yg begitu mencemaskan bagi seorang ibu melihat anaknya jatuh tertiarap di atas jalanraya dengan dahi & kepala yg berdarah. Dia pulak tidak bergerak walaupon cuba dibangunkan oleh jiranku & kawan2 sekolahnya.

1stly, aku terpikir kemungkinan bhg kakinya patah kerana bila dia cuba berdiri, dia jatuh terjelepuk smula kembali ke tanah. Dgn emosi yg tidak terkawal, Faizeen meraung sekuat hatinya.. maybe kerana menahan sakit.. atau terlalu terkejut dgn peristiwa yg berlaku sekelip mata. Susah jugak nak kawal keadaan mcm tu.. nk tak nak terpaksala aku bersuara tegas sket.. mintak dia beristighfar & tarik nafas panjang. Pastu barulah die cool sket.. bgtau kepala & lututnya yg luka tu yg rase sakit sgt.

Dengan bantuan jiran aku & kawan2 Faizeen yg ada kat situ, aku papah Faizeen masuk. Sofea plak mula menangis teresak2, tgk keadaan abg dia camtu. Cepat2 aku suh die amik air masak secawan, bagi pd abg die. Alhamdulillah.. keadaan mula tenang.

Lepas Faizeen mandi, aku bersihkan luka2 kat kepala, dahi & badannya dgn cecair dettol. Nampak tak serius sgt, tp bengkak di dahi & belakang kepalanya agak merisaukan aku. Tup2 plak dia cakap dia tak igt ape2 pon yg berlaku. huhuuu.. Biar betulll budak ni.. Cepat2 aku amik air zam2 yg abah bg hari tu. Aku bacakan selawat, fatihah.. pastu suruh dia minum. Tuhan aje yg tahu camne perasaan aku mase tu. Dah la Sofea tk henti2 menangis.. hiba sungguh diaa... Sofea cakap, die kesian sgt tgk kepala abg die jadi camtu skali.. Uwaaaaaaaaaa

Dah suruh Faizeen baring kat sofa, aku pon tepon encik hubby. Memikirkan dia tgh drive dr Air Hitam ke JB, sebolehnya aku cuba cool bgtau ape yg dah berlaku. Kang tak pasal2 die rushing lak. Huhuuu.. kang jd kes lain.. Oh noooo nooo..

Sementara menunggu encik hubby, aku tanya2 jugak pd Faizeen siapa aku, ape dia makan sebelum main basikal.. dia solat asar ke tak sblm tu.. aku test jugak dia baca Fatihah (huhu.. risau beb!) Nmpknya die ok, cuma peristiwa yg berlaku 1 jam sblm kejadian tu dia masih blur lagi.

Sebaik jek hubby sampai, kami terus ke klinik. Doc terus buat x ray pada kepala, khuatir ade retakan atau seumpamanya. Tp Alhamdulillah.. segalanya ok. Cuma doc pesan jika ade simptom seperti muntah, sakit kepala yg teramat sangat, pengsan atau sebagainya, kami disuruh segera ke hospital.

Apepon aku syukur sangat2 keadaan Faizeen tak begitu serius. Aku sendiri pon tak pasti sama ada dia terjatuh dari basikal kerana bawak terlampau laju atau die terlanggar kereta yg parking kat situ. Tanye saksi2 yg berada di tempat kejadian pon, fakta masing2 agak meragukan.. Sorang citer camni.. sorang lg citer camgitu.. yg lainnye plak kate tk nmpk ape yg berlaku hua hua huaa.. Kalau hari tu Sofea buat kayuhan berani mati, kali ni abg dia buat lagi advance.. Perlumbaan berdarah! Huhuuu
2 Responses
  1. Anonymous Says:

    ya allah faizeen ...............
    alhamdulilah takde apa2.semoga cepat sembuh ya...


  2. Mulberi Says:

    Thanx Nia.. Faizeen dah ok skrg. Cuma sehari lepas tu jek die ade rase pening & muntah (risau aku wooo)Tp skali tu je laa.. maybe die terlampau byk tgk TV tanpa restkan otak die tu.. Maklumlaaa... otak baru jek gegar sket, lagi mau paksa2.. huhuuu


Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...