Seperti yg dijanjikan, kini aku perkenalkan para pembantu a.k.a supportersku sepanjang usahaku menurunkan berat badan selama ni..
My beloved husband merangkap coach & my dotter.. Ecehhhh iye2 jek bola kat kaki tu.. hehehh
My son yg selalu kena paksa berlari keliling taman & turun naik tangga.. ngeeeee
Dan tentunya rakan2 LWC ku (Ade sorg ahli tkdokk dlm ini pilem)- yg baju purple tk masuk korum sbb tgh peknen.. ehheh.. (skang dh slmt bsalinn)
Rakan2 JMC yg selalu bagi peransang samada secara langsung atau tidak langsung
Last but not least.. tentulah para trainersku iniiiii
Koleksi DVD baekkkkkkkk punye! Heheheh
Kesimpulannya, bak kata Datuk Dr. Fadhilah Kamsah.. hendak seribu daya, mahu seribu cara
Tahniah diucapkan pada sahabatku As yg telah selamat melahirkan baby girlnye pd 10 Mac 2011. Ape yg istimewa, kehamilan kali ni memang telah dirancang dari awal2 lagi. Dan dalam usahanya utk mendapatkan baby girl, dia telah berusaha utk mengikuti
tips2 dari entry ni.
Alhamdulillah, kita hanya merancang.. ALLAH jualah yg lebih menentukan ape yg terbaik utk kita.
TAHNIAH sekali lagi... Moga ibu & baby cepat sihat & cergas..
Baby Awra Zulaika
Dah lame betul tak update pasal personal hehehh.. Kemalasan yg melanda plus takdok idea nk buh apeee.. huhuuu
Just nk citer2.. perubahan aku ecehhh.. Nk tgk takk???
Aku disuatu ketika dulu
Tengok arrr.. tombam kann?? Huhuuuu.. malunyeee tgk gambo ni..
.
.
.
Tapi selepas mengubah gaya hidup yang lebih sihat, inilah hasilnya..
Untuk pengetahuan kawan2, aku berjaya menurunkan sebanyak 10kg berat badan dalam tempoh 6 bulan. Alhamdulillah.. walaupon aku tk dapat badan se- slim Jilllian Michael, perut sekempis America's top model, tp sekuarang2nya aku rase lebih sihat sekarang ni.. Lebih senang nak carik baju.. hehehhe. Kaki pon takla slalu sakit2 mcm dulu..
Dari segi psikologinya pulak, aku rase lebih confident, dan lebih positif terhadap diri sendiri..
Memang ia bukanlah satu perjalanan yang mudah, tp Alhmdulillah dengan berkat sokongan suami, anak2, serta kawan2.. berbaloi jugak akhirnya..
So kawan2 yg sedang gigih untuk menurunkan berat tu, jgn putus asa.. carik ilmu byk2 tentang cara yg betul untuk menurunkan berat badan.. Jgn malu bertanya.. Sesiapa pon boleh melakukannya jika mempunyai keazaman yg tinggi...
Lainkali aku akan perkenalkan pulak pembantu2 yg cukup setia menemani aku selama ini.. heheh tungguuuuuuuuuu
Allah SWT telah menetapkan bahawa dalam semingggu ada 7 hari. Allah SWT Juga memberitahu kita dunia ini dijadikan selama 6 hari. Manakala 1 hari adalah untuk beristirehat bagi makhluknya menyaksikan kehebatan ciptaan Allah SWT.
Pada hari2 yg tujuh tersebut mempunyai catatan peristiwa bersejarah dalam kalendar Islam. Sebahagian dari peristiwa2 tersebut ialah:
Ahad:
- Allah jadikan alam ini
- Alllah jadikan bintang2 dilangit
- Alalah jadikan api neraka
- Allah jadikan bumi sebanyak 7 lapis
- Allah jadikan 7 jenis lautan
- Allah jadikan 7 anggota manusia
Isnin:
- Nabi Idris AS dinaikkan ALLAH ke langit
- Nabi Musa AS mengunjungi Bukit Tursina
- Bukti ke-Esaan Allah diturunkan
- Junjungan besar Nabi Muhammad SAW dilahirkan
- Wahyu pertama diturunkan kepada Rasulullah SAW
- Rasulullah SAW wafat
Selasa:
- Nabi Yahya dibunuh
- Nabi Zakaria dibunuh
- Tukang2 sihir Firaun ditewaskan
- Asiah isteri Firaun mati dibunuh
- Lembu Bani Israel dibunuh
- Habil dibunuh oleh Qabil
To be continued...
Kencing malam, atau istilah perubatannya “enurisis” adalah perkara normal bagi kanak-kanak .
Kebiasaannya kanak-kanak selepas berumur 5 atau 6 tahun akan berhenti kencing malam tetapi terdapat juga kajian yang menunjukkan 10% -15% daripada kanak-kanak yang berumur 5-12 tahun masih terus kencing malam walau pun telah disahkan dari segi perubatan tidak mempunyai masalah dengan buah pinggang.
Di Malaysia, kajian menunjukkan lebih kurang 6.2% daripada kanak-kanak yang berumur 7-12 tahun masih lagi tidak dapat menghentikan tabiat kencing malam ini.
Penyebab kencing malam:
- Ruang pundi kencing yang kecil.
- Gangguan tidur. Kebanyakan mereka yang kencing malam dikatakan tidur terlalu nyenyak. Walau bagaimanapun tiada bukti yang kukuh untuk menyokong pernyataan ini.
- Kurang penghasilan hormon yang dipanggil vasopressin semasa tidur.Vassopressin adalah penting untuk mengurangkan penghasilan kencing diwaktu malam.
Tips menangani anak yang kencing malam.
- Jangan benarkan anak anda minum 2 atau 3 jam sebelum tidur.
- Disiplinkan anak anda untuk membuang air terlebih dahulu sebelum tidur.
- Pada waktu malam, pastikan laluan untuk anak anda ke bilir air diterangi lampu & tidak salah juga jika membiarkan lampu bilir air terpasang, terutamanya bagi kanak-kanak yang takut pada kegelapan.
- Kejutkan anak anda untuk bangun & buang air selepas 2 atau 3 jam mereka tidur. Ini adalah teknik latihan yang berpanjangan supaya mereka terbiasa dengan rutin tersebut.
- Gunakan sistem ganjaran atau penghargaan. Setiap kali anak anda bangun tidur tanpa membasahkan tilam mereka, puji & berikan mereka sedikit ganjaran supaya mereka bangga & sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri.
- Jangan hukum atau memarahi mereka. Kanak-kanak yang kencing malam tidak melakukannya dengan sengaja. Jadi tugas kita adalah untuk sama-sama menangani masalah tersebut.
- Beritahu anak anda kenapa mereka tidak boleh kencing ditempat tidur. Ajar mereka tentang kebersihan, hukum najis, tentang kuman yang mudak membiak, tilam yang berbau busuk & sebagainya lagi.
- Alas tilam dengan plastik atau pad yang lebar seperti yang selalu di gunakan di hospital-hospital.
- Luangkan sedikit masa bersama anak-anak sebelum mereka tidur. Berikan pelukan atau belaian. Ini bukan saja dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan, malah dapat menjadikan kanak-kanak itu lebih tenang & meransang perkembangan otak mereka semasa tidur.
- Paling penting, ibubapa haruslah bersabar & sentiasa berfikiran positif. Adakalanya untuk menghentikan tabiat kencing malam ini agak memakan masa, jadi berilah anak anda peluang. Sikap kurang sabar ibubapa hanya akan memberi tekanan kepada anak-anak tersebut.
- Jika anak anda masih kencing malam pada usia 6 atau 7 tahun, bawalah mereka berjumpa doktor bagi tujuan pemeriksaan kesihatan. Ini untuk memastikan mereka tidak mempunyai masalah jangkitan pada pundi kencing.
Sumber:
Dr Anas r.a berkata bahawa terdapat 7 macam pahala yg akan diterima oleh seseorang itu selepas mati iaitu:
1. Sesiapa yg mendirikan masjid (tempat ibadah), maka tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang utk beramal ibadat di dalamnya
2. Sesiapa yg mengalirkan air sungai ke kebun2, maka pahala akan berterusan sampai kepadanya selagi ada orang yg menggunakan terusan tersebut.
3. Sesiapa yg menulis mushaf ( al-Quran) atau kitab, dia akan mendapat pahala selagi ada orang yg membacanya.
4. Orang yg menggali perigi, selagi ada orang yang menggunakannya.
5. Sesiapa yg menanam tanam-tanaman, selama mana ada yg memakannya baik dr manusia atau burung.
6. Mereka yg mengajarkan ilmu yg berguna, selama ia diamalkan oleh org yg mempelajarinya.
7. Org yg meninggalkan anak yg soleh, lalu anak tersebut mendoakan kedua ibubapaya & mereka beristighfar utk org tuanya itu. Iaini anak yg selalu diajari ilmu al-Quran, maka org yg mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran2nya tanpa mengurangi pahala guru itu sendiri.
Just nk interprem, model tk berbayar ku.. Thanx a million to my friend Ayu.. sebab bg keizinan menggunakan khidmat puteri comelnya Hana.. :)
Memang tesangat comel.. Hana dengan telekung STB001 khas buat anak2 berusia 1-2 tahun. Maklumat lanjut, sila ke blog
Usrati Shoppe