Mulberi
Orang lain tengah syok bercuti, aku anak beranak menjadi penunggu setia di area perumahan ni.. Madrasah Tahfiz tempat Faizeen belajar KAFA tak amik cuti CNY so terpaksala cancel segala planning percutian kami.

Nak jadi cerita, semalam Abang terpaksa balik Sri Alam untuk discuss dengan adik beradiknya pasal persiapan majlis perkahwinan adik lelakinya yang akan berkahwin bulan Mac nanti. Aku tak dapatla ikut sebab petangnya Faizeen terpaksa ke sekolah.. Kelam kabut iron baju (maklumla.. bila plan cuti dah tergendala, buat kerja pon takdek mood dah).. Anak bujangku tu pulak, bukan main susah nak suruh berhanti main games sejak paginya.. Last2 kol 2.30 ptg, aku dan anak2 dah bersiap, jenuh pulak mencari kunci kereta.. Punggah semula isi2 handbag, check balik kunci2 yang tersangkut kat dinding tapi takde.. Terus aku capai telefon, call Abang

"Abang.. abang bawak kunci kereta ye?"

Abang terdiam sejenak, mungkin sedang berfikir atau sedang check beg azimatnya

"Ha'ahlaa.. Terlupaaaaa.. Bihtu camne? Kol berapa sekarang?"

"Kol 2.30 dah ni.. Kelas kol 3.00"

"Ponteng je la kelas.. Abang nak balik pon tak sempat dah ni"

Huhuhuhu.. Senangnya cakappp... Kita yang berhempas pulas, kelam kabut buat kerja kat rumah semata-mata nak kejar masa hantar anak ke sekolah, at last kunci kereta dia yang bawakk!!! Aduhhh.. Sakitnyaaa hatii!!! Kalau ade kunci spare takpela jugak!

Sudahnya, aku tanggal tudung semua dengan hati yang bengkek.. Andaikata aku ni dikartunkan, mesti dah nampak asap kuar dari hidung ni! Marah niii tau tak!!

Orang kata, kalau nak kawal kemarahan:
1. Tarik nafas panjang dan perlahan, kemudian kira dari satu hingga 10 apabila anda berasa bahang kemarahan semakin meluap. Gunanya masa pernafasan ini ialah untuk menahan diri anda daripada melakukan sesuatu secara terburu-buru. 
Aku: Tak boleh fikir ape dah.. Nak kira 123 pon luperrr

2. Cuba pertimbangkan keadaan yang menyakiti hati itu daripada semua sudut pandangan, bukan saja daripada diri anda, kerana mungkin pihak yang menyinggung itu tidak mempunyai pilihan lain. Pertimbangkan sama ada kemarahan anda itu mempunyai alasan yang kuat. 
Aku: Huhu.. betul jugakk.. Bukannye die sengaja nak bawak kunci tu

3. Fikir mengenai matlamat dan sebab yang menjadi punca kemarahan anda. Jangan cepat menyalahkan orang. Fokus ke atas punca sebenar yang mencetuskan kemarahan anda. 
Aku: Maybe sebab aku terkilan, tak dapat balik kampung.. bercuti.. bla.. bla..Dah korbankan smua tu, alih2 anak lak tak dpt gi skolah

4. Ambil tindakan positif untuk memperbaiki keadaan itu selepas anda berada dalam keadaan fikiran lebih terkawal.
Aku: Nak wat ape ek? Minta maaf?

5. Keletihan boleh membuatkan anda lebih cepat marah dan mudah menjadi marah. Pastikan anda mendapat tidur yang cukup dan makan makanan berkhasiat. 
Aku: Mmg letihh.. Time cuti tak gi mane2, asik kena kemas rumah jek.. Kemas depan, bilik bersepah.. Kemas bilik, depan bersepah semula...

6. Wujudkan satu program senaman yang tetap untuk melepaskan ketegangan dan sifat agresif masih ada secara fizikal. 
Aku: Senam?? Hehehheheh.. Bagus gak tuhh

7. Sekiranya anda tahu akan isu khusus yang membangkitkan kemarahan, elakkan daripada berhadapan dengannya.
Aku: So tak yah bincangkannya?
 
8. Lambat atau berasa ketinggalan mungkin boleh mencetuskan kemarahan anda dengan lebih mudah. Jadualkan hari anda dengan memberikan masa lebih daripada cukup untuk berulang-alik dan membuat kerja lain yang perlu. 
Aku: Ye tak ye jugak.. Bila cuti, bangun pagi pon ala2 malas gitu.. Nak basuh baju pon lambat nak kasik warm up badan..

9. Elakkan melihat sesuatu keadaan dengan terlalu serius. Cuba cari sesuatu yang melucukan kerana ketawa boleh melenyapkan kemarahan dengan cepat. 
Aku: Boleh ke ketawa time darah tengah mendidih? Tp betul laa.. Aku ni terlalu take serious perkara kecik camni.. Kalau aku yang berada kat tempat Abang, sure Abang akan maafkan aku.. Sebab dia tak pernah pon marah akuu.. Huhu.. Teruknyaaaa aku nihh!
2 Responses
  1. Nieza Ishak Says:

    alahai buat spoilt mood kalo tiba2 apa yang dirancang tak jadik ... adessss.


  2. Mulberi Says:

    Memang ahhh..panassss je hatii.. Tp nak wat camne.. Kita hanya mampu merancang tapi DIA-lah yg menentukan segalanyaaa.. Uwaaaaa


Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...