Mulberi
Itulah title aku sepanjang 3 minggu berturut2 ni..
Jadi Cikgu Bedah yang paling cerewet.. yang paling garang.. huhu..
Nak tau nape? Sebab anak2ku nak periksa..

Sofea- 11- 14 Mei ----> Tapi dengan dia ni, aku takla strict sangat.. Maklumla baru tadika.. Takkan la nak suruh buat revision mengadap buku latihan 1-2 jam sehari.. kehkeh.. Relax jee.. Buat latihan menulis, membaca.. sambil berseronok.. Lepas je ujian, die dah boleh membaca buku cerita Bahasa Melayu "Tikus Kampung & Tikus Bandar.. Very impressive! Walaupun ceritanya takde noktah, takde koma.. straighttt je dari awal sampai le akhir.. Pastu lak, kemaruk nak membaca buku pagi petang siang malam.. Sampaikan abg dia naik letih dengar dia baca buku yang sama berulang2 kali..hehe..

Faizeen 11-14 Mei (Ujian tilawah & hafazan) ---> Ni benar2 menguji kesabaran.. Nak kena duduk mengadap dia.. sampai kadang2 buleh terlelap.. kalau lepa jek, mule le die buat kerja lain.. Huhuu.. Nak kena tasmi' bacaan dia, that's mean kita pon kena alert dengan apa yang dia baca.. Tu belum lagi amik kira bacaan2 dalam solat.. Tp Alhamdulillah.. berkat kerajinan dia di saat2 akhir, dia kate dia merupakan salah seorg yg mendapat markah tertinggi dalam hafazan.. Setinggi mane? Wallahualam.. Aku tak tau lagi.. Tunggu je acara menandatangani report card nanti.. dan paling terharu... even banyak kali kena marah dgn aku (maklumlaa.. Cikgu Bedah!) tapi dia masih mengucapkan terima kasih pada aku sebab dah tolong dia menghafaz! Uwaaa.. nak menitik ayormato mokcik!!

Faizeen 19-22 Mei (Ujian Pertengahan Tahun Sek. Keb)---> Setakat ni dia dah biasa dengan rutin ulangkaji setiap kali nak menghadapi peperiksaan.. No TV, no games.. Tapi petang2 aku still benarkan dia keluar main dgn kawan2 dia dengan syarat masuk rumah sebelum jam 7!
Cuma bila dia buat latihtubi tu, kena gakla mak die ni meng"refresh" segala memori pembelajararan sekolah rendah dulu2 tu.. Huhu.. budak2 skang belajar advance woo.. Pastu lak Faizeen ni, dia nakkan explanation setiap soalan yang dia buat.. Maknanya aku pon kena buat revison skali! Uwaaaaa.. takleh nak relaxx.. Lebih2 lagi kalau jawapan yg dia bagi tu salah.. Bukan buleh aku senang lenang nak pangkah berpandukan skema jawapan, tanpa menyediakan penerangan jawapan yang die benar2 faham!

Faizeen lagi 25-28 Mei (Ujian bertulis KAFAT) ---> Nampaknya, aku terpaksa sediakan sendiri soalan2 latihan utk subjek2 KAFAT ni memandangkan buku2 latihan untuk KAFA mmg takde dijual di pasaran.. Jenuh aku carik seluruh JB ni.. Walaupun aku agak yakin dia mampu untuk menjawab soalan2 nanti, tapi setidak2nya aku nak dia tau, sebagai seorang ibu aku masih take part dalam usaha dia belajar mencemerlangkan dirinya sendiri..

Ape pon.... seringkali ku ingatkan anak2ku.. belajar bukan setakat untuk peperiksaan.. tapi adalah untuk kegunaan masa depan dorang jugak.. demi mengharapkan keredhaaan ALLAH..

Ya ALLAH.. jadikanlah anak2ku insan yang cemerlang dunia & akhirat.. Terangkanlah hati mereka, pimpinlah mereka ke jalanMU..

Pada cikgu2 semua.. SELAMAT HARI GURU..Terima kasih.. terima kasih.. dan terima kasih yang tidak terhingga
2 Responses
  1. Azizah Ali Says:

    Sempena Teacher's Day nie... tahniah dianugerahkn pangkat "Cikgu Bedah"... jgn kuat mengomel udah lerr...


  2. nazmin Says:

    fuh, memang hebat cikgu bedah ni, kalah cikgu-cikgu di sekolah...


Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...