Mulberi
Ina Oh Ina (ikut tune lagu Bangau Oh Bangau)
Kenapa kau tag aku
Macam mane aku tak tag engkau
Mmg hobi aku.. mmg hobi akuuu.. Huhuuuuu

1.Bila kali terakhir anda cuci toilet?
Cuci toilett?? Pagi tadi..

2.Pencuci apa yg anda guna?
Slalunye suh Encik DUCK yg cucikan

3.Dalam 1 minggu berapa kali anda mop lantai? kenapa?
Huiiii.. tak ingatlaaa.. Ikut suke hati aku jekk.. Kalau rajin & nmpk kotor sgt, mop leee.. Kalau masih bersinar2 serinye, buat dek je duluu.. kuikui

4.Apa tugasan anda sebelum menjelang malam?
Pastikan anak2 dah masuk dalam umah, mandi.. & siap2 utk maghrib

5.Apa menu hidangan makan malam anda yg paling simple?
Telur goreng

6.Minuman yg anda buat setiap pagi?
Utk anak2, susu cekelat..
utk Mr. Hubby, neskepe
utk diri sendiri, kalau sempat susu Anlene.. Kalau tak, air masak dah leee.. Awet muda pee.. hehe

7.Sebelum tido apa yg anda lakukan?
Pastikan anak2 dah tido, kemas brg2 anak yg bersepah.. make sure keperluan anak utk gi skolah esoknye dah tersedia.. pastuuuuuu pakai minyak wangiii.. ehehehe

8.Harus menjawab tag ini?
Ni yg lomah niiii... Kiro halal je laaaa buleh??
Mulberi
Ade nampak ape2 yg pelik pada handphone aku nihh?


Uwaaa.. Inilah yg sebenarnya.. Skrin handphone ku pecah!!! Sayang tauuu.. handphone ni hadiah birthday dr Mr. Hubby 3 tahun lepas. Walaupon dah out of date modelnya, namunku sayang bangetttt.. Tengok la tuu.. dah jadik corak cam tapak tangan alien pon aderr.. Nak sms/ baca sms pon dah tak nampak..Huhuuu.. Tp still bersyukur, masih boleh buat/ terima call..
Ni lah gara2 handbagku terjatuh mase nak amik tiket parking kat JUSCO.. Disebabkan tingkap keta dah rosak, aku terpaksa le bukak pintu keta mase nak amik tiket parking.. Buleh tak perasan handbagku terjatuh skali! Adehhh.. ape punye careless daaaa.. Sedar2 je handbag dah takde! Jantung bagai nak gugur rase, mintak anak sedara & anak bujangku berlari ke tempat tiket, tengok2kan kot2 le handbag tu masih disitu..
Alhamdulillah rezkiku masih ade.. Elok je beg tu "tertiarap" kat tepi tiang.. Tp bila cek dalam, tengok2 skrin hp ku dah pecahh.. Uwaaa.. belum cukup bulan lagi ni weiii.. Bekas cincin yg ade dalam beg pon turut pecah.. Sib baikla cincinnya tak ape2.. Firasatku, kemungkinan besar begku telah "dilenyek" oleh tayar kereta.. Samada tayar keretaku sendiri, ataupon tayar keta org lain yg nak amik tiket parking kat situ.. Tp Alhamdulillah sgt2, sekurang2nya begku dan segala dokumen penting masih selamat.. Mujurlah aku tak bawak kamera skali.. Kalau tidak, mau ku menangis 7 hari 7 malam.. Huk hukk..
Moralnya, letaklah handbag ditempat yg selamat!
Mulberi
Yaaaa.... omputeh kate, depression.. org kampung kate, angin meroyan!
Huhuu.. hari2 ku tempuhi dengan kebosanan mengadap pc yang lembap selowww mengalahkan siput khinzir..

Dah install antivirus.. mmg la ade tanda2 infection.. Tapi baru jek scan 5-7 minit, pc ku dah meracau2.. menjerit2 cam kena histeria... Ini kalau berterusan 2-3 hari lagi, dengan aku2 skali buleh histeria! Huhuuuu

Sekian saje entry terpendekku buat kali ini.. So kalau aku menghilang seketika dari dunia cyber, kalian tahu lah ape puncanya.. Tapi kalau aku menghilang 2-3 bulan, pandai2la sms/ contact phone numberku.. Eheee
Mulberi


1. Copy award di atas untuk diletakkan di blog anda
Sudahhhhh

2. Nyatakan 5 fakta menarik tentang si pemberi award ini
1. Orangnye kecik comeiii jekk.. Tengok gambo je.. Lom pernah ketemu lagi
2. Dah ade anak sorang.. tapi menten cam anak daresss..
3. Muka ade iras2 cina sket.. Maklumlee.. mix chinese
4. Kalau kat forum tu, mmg peramah laa..
5. Yg lain2, lom beramas mesra lagii.. ehhehe

3. Setiap blogger mestilah menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award
1. Penuh dengan sifat2 keibuan.. auwwwww *jangan muntah yekk.. hikhikk*
2. Aku suka masak, dikala rajin.. Kalau malas, makan kat luar je laaa huhuuu
3. Aku suka fotografi.. bercita2 tinggi nak tangkap itu DSLR satu.. tp ntah bile laaaa
4. Sejak dari anak dara, sampai la beranak dua, internet & aku tak boleh dipisahkan.. hehe
5. Aku ni jenis panas baran gak.. Tp don't worry.. aku mudah cool..
6. Anakku ade dua.. sorang teruna & sorang dara
7. Biase kalau marah kat hubby, aku diammmmmmmmmm jek
8. Kalau aku tengah sedih @ susah hati, aku akan mengemas tanpa henti..
9. Aku ni sometimes boleh jadi peramah.. buat sometimes pemaluuu.. kehkehh
10. Aku dah letih nak taip 10 fakta tentang diri akuu.. buleh gitu?

4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka
Whatt?? 10?? Banyaknyeeee
Emmm.. sape ekk??
1. Neisya yang sentiasa jauh dimata tapi dekattttt dihati.. Tgh bercuti ke muu?
2. Mai the tokey tudung - anniversarynye, same dgn birthdayku.. tahun je lainnn
3. Iza Aziz - The stockbroker (ehh.. betul ke Iza?..heheh)
4. Nieza - sifoo breastfeed yg terkenal seantero alam maya.. Sudikah ko terima award dr ku iniii
5. Puteh- ko slalu intai blog aku kan.. meh ahh amik award & tag ni..

Err.. 5 je la ekkk...
Mulberi
Laaa... kejapnyee mase berlalu.. Pejam celik, pejam celik.. genap dah umur 33 tahun.. Sape2 yg baru tau umurku ini.. tak yahla nak panggil ahkak pulakk.. heheh.. malas la nak terase seniorr... kuikuikui..
Alhamdulillah, syukurrr sangat2 masih diberi kesempatan oleh ALLAH utk menghela nafas, menikmati tiap detik bersama insan2 tersayang.. dan rakan2 seperjuangan

Bukan ape.. kebetulan malam tadi aku & family keluar untuk ke Giant.. Sampai sahaja di area Tampoi, jalan mula jam.. Kebiasaannya, kalau dah jam camgitu, mesti ade sesuatu yg dah berlaku. Tiba2 nampak kereta peronda polis, dan org ramai berkumpul di tepi jalan. Nampak ade satu motor terbaring (buleh pakai ke perkataan ni?) kira2 200 meter dari sebuah lori yang besar. Tiba2 anak bujang aku menjerit "Ehh!! Ade darah!!!"
Ya ALLAH.. Depan2 mata aku nampak badan seorang lelaki dibawah tayar bahagian belakang lori tersebut.. Tayar lori tu betul2 berada di bgh tengkuk lelaki tu, dan kepalanya sudah bersepai macam buah tembikai.. Dgn kesan darah disana sini.. Cepat2 aku alihkan pandangan.. Tak sanggup rasenye nak tengok..

Sedih sangat.. aku cuma terbayang bagaimana perasaan keluarga yg menunggu2 kepulangan lelaki tu.. Lebih2 lagi kalau dia dah berkeluarga, ade anak kecik.. Mesti tertunggu2, mane le ayah tak balik2.. Isteri yg menanti dgn sabar utk makan malam bersama2.. Tapi rupe2nye si ayah/ suami sudah tiada lagiii..

Ajal maut di tangan Tuhan.. Jika sudah sampai masa kita dijemput, kita akan pergi juga menemuiNYA.. Namun apapun, moga2 kita semua.. keluarga2 kita.. sahabat2 dan yang sewaktu dengannya terselamat dari sebarang mala petaka atau pun bencana.. Amin ya Rabbal Alamin..

Ya ALLAH.. terima kasih atas nikmat yang tak terhingga yang telah KAU berikan selama ini.. Mudah2an tiap hela nafasku ini terisi dengan kebaikan.. Dan jika ditakdirkan KAU ingin menjemputku, mudah2an pergiku nanti jua dengan kebaikan..
Mulberi
Aku rasa, masih ramai lagi yang tertanya-tanya, camne nak tau hari2 subur.. hari2 tak subur.. Mase2 yg kita perlu elak kalau nak jarakkan anak.. Mase yang terbaik untuk "buat anak".. heheh..

Allah anugerahkan manusia tu akal untuk berfikir.. Walaupun setiap sesuatu yg berlaku adalah termaktub dalam Qadha' & Qadar Allah, namun kita disuruh untuk berikhtiar utk memperolehi sesuatu.. Selebihnya, berdoa & bertawakallah kepadaNYA.. Sesungguhnya DIA-lah yg maha mengetahui

KALENDER KESUBURAN BULANAN
(Let's say haid jatuh pd 1hb)

Hari Haid : 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 (10 hari)

Hari Subur (untuk mendapatkan baby boy): 11,12,13,14,15,16,17 (7 hari)

Hari Subur (untuk mendapatkan baby girl): 18,19,19,20,21,22,23 (7 hari)

Hari Tidak Subur: 24,25,26,27,28,29,30 (7 hari)

Walaupun masa haid hanya selama 6 atau 7 hari, tetapi telur akan mula berfungsi selepas hari ke 10.

Sumber: Dr.Hamid Arshad's Q&A article
p/s Oleh kerana biasenye haidku hanya 6-7 hari hari, so bolehla ber"acara" bebas sebelum masuk hari ke 10.. hikhikhik

Bagaimana merancang jantina?


Berikut adalah petua yang boleh membantu anda merancang jantina anak anda. InsyaAllah dengan panduan dan izin Allah akan membawa kejayaan. kita hanya memerlukan sedikit usaha dan tawakkal.

Sebenarnya sperma @ benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana benih-benih tersebut ada yang membawa kromosom X dan Y.

Sedangkan telur atau benih isteri hanya membawa kromosom X. Bergantung mana yang bercantum – XY (anak lelaki) – XX (anak perempuan).

Ciri-ciri benih:

Benih Y lebih cergas dan laju begerak tetapi lebih cepat mati berbanding dengan benih X yang lambat bergerak tetapi hidup lebih lama.

Benih Y juga lebih tahan dalam cecair yang beralkali , sedangkan benih X lebih tahan dalam cecair asid.

Oleh itu anda boleh ikuti panduan berikut:

Merancang anak lelaki

1. Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan
(Rancang pemakanan ni 2-3 bulan awal2 sebelum mencuba. Jgn lak mase dah lekat baru nak makan.. dah tak kira dah tu..)

2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri ( ovulation) adalah penting.

3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan ‘douching’ atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.

4. Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses ‘layering’, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.

Merancang anak perempuan

1. Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut.

2. Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ‘ovulation’ yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur.

3. Melakukan ‘douching’ dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.

More...

Untuk dapatkan anak lelaki
1- banyakkan makan sayur untuk kedua2 pasangan, lelaki dan perempuan
2- deep penetration, maksudnya cuba pancut hampir kepada pangkal rahim isteri kerana sperma yang membawa jantina lelaki ni laju tapi tidak tahan lama. Jadi kalau dekat dengan pangkal rahim, berkemungkinan besar ia boleh bercantum dengan ovum dan membentuk jantina lelaki

Untuk dapatkan anak perempuan
1- banyakkan makan daging (ayam dan lembu) untuk kedua2 pasangan, lelaki dan perempuan
2- subsurface penetration, maksudnya pancut jauh dari pangkal rahim. Ini berkemungkinan sperma yang membawa gen lelaki tidak dapat bertahan lama dan mati.Ini memberi peluang untuk sperma yang membawa gen perempuan bercantum dengan ovum

Sumber: cakap.net
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...