Mulberi
Steaming dust??? Pekebendanya tuu?? Atau istilah dari perbendahaan kata Melayu, kuih abuk2 daaa.. Kehkeh.. Saje kasik name komersial skett.. Tapi pas ni mintak2 janganla pakar2 bahasa dok kejar aku lak!! Takutttt

Actually nak cerita, hari Sabtu dok pulun buat kuih abuk2 untuk kenduri doa selamat kat rumah Pak Amin (pak sedare belah suamiku).. Kenduri ni pon untuk meraikan adik ipar aku yang bakal menamatkan zaman terunanya 28 Feb ni.... Maklumla.. mak & pak mentua dah takde, so kami semua menumpang kasih pada pak sedare je le.. Sedih tak? Sedih laaaa



Sebekas kuih abuk2 untuk dibawa ke rumah pak sedare di Pontian. Aku tak pandai nak bungkus, so hantam je laa.. Jangan gelak ehh




Abuk2 edisi talam.. Kes daun pisang tak cukup Ni ade 3 lapisan cam kuih lapis tu.. Yang dah potongnya tak sempat nak amik gambo



Ni kuih abuk2 edisi aku.. Syantik tak? Ehe..

Gambo2 disekitar majlis, tak dapek nak ku snap.. Sebab memang busy gilos.. Kang tak pasal2 kamera/hp ku masuk dalam kawah lak!
Mulberi
Satu lagi projek disaat rajin.. Famos Amos Cookies



Err.. actually aku ni tak tau ape pon pasal famos amos tu.. A Famosa tu, memang famous laa.. kehkeh.. Tapi time aku google pasal cookies, ramai nooo yang menyebut pasal famos amos.. Tu yang menyebabkan aku tertarik nak carik resepinya.. Ni lah hasilnya.. belum sejuk lagi, dah habis 1 tray kena rembat dengan anak-anakku..huhu..

Nak resepi?? Amik laaa.. Boleh buat untuk minum petang anak2.. Tp resepi ni ade modified sket2..

Famos Amos Cookies

Bahan

- 1 cawan butter/ marjerin

- 2 cawan tepung (1 1/2 cawan tepung gandum + 1/2 cawan tepung jagung)

- 1 sudu kecil baking soda

- 1 sudu kecil baking powder

- 1 cawan gula halus (boleh kurangkan)

- 1 cawan gula perang (boleh kurangkan)

- 2 1/2 cawan oat (blender hingga halus cam tepung)

- chocolate chips (ikut suka la nak letak berapa)

- 1/2 sudu kecil garam

- cadbury bar - grated (aku tak letak pon)

- 2 biji telur

- 1 1/2 cawan "chopped nuts" spt almond, hazelnut etc (optional, tapi kalau letak lagi crunchy)

- 1/2 sudu kecil esen vanila

Cara:

1. Pukul mentega, gula halus dan gula merah dengan kelajuan sederhana je. Pukul pakai tangan pon boleh. Sayang anak, tgn2kan.. Sayang cookies, pukul2kan..heheh

2. Masukkan telur & esen vanila. Gaul rata lepas tu masukkan tepung, oat, garam, baking powder & baking soda.

3. Masukkan chocolate chips, cadbury bar, dgn ape2 jenis chopped nuts tu kalau nak letak.

4. Lengserkan tray pembakar dengan marjerin/ myk/ letak baking sheet.

5.Lepas tu sudukan lebih kurang 1/4 sudu besar doh ke dalam tray (cookies ni akan melebar) so tak yahla nak letak beso2. Letak jarak2, supaya nanti cookies tak bercantum

6. Panaskan oven 175 darjah celcius. Bakar 15 minit atau sehingga berwarna coklat keperangan (Jangan coklat kehitaman udahleeee..)

Ikut sukatan gula di atas, memang cookies ni rase manis sket. Maybe boleh dikurangkan separuh, ikut citarasa masing2 la..



Mulberi
Tadaaaaa...



Hari ni aku masak kari ketam yang lazat (puji diri sendiri beb!)
Tapi.. yang pastinya, terdapat beberapa keistimewaan pada kari ketamku ini..
1. Santan dikurangkan - kurang kalori
2. Minyak untuk menumis menggunakan minyak jagung - rendah kolesterol
3. Ketam tu dapat FREE!! 1 Plastik jiran aku bagi ketam, ade lah 30 ekor kott.. Alhamdulillah rezeki..
Mulberi
Pernah tak soalan macam ni terlintas kat fikiran kita masa kecik2 dulu? Apa jawapan yang biasenye mak atau kakak atau ertikata lain, orang dewasa, akan bagitau?
"Ehh.. kau budak2 lagi.. Tak yah nak tanye2 camtu.."
ATAU
"mak dengan ayah tido same2, lepas tu dapatla baby"
ATAU
"kau besar nanti kau tau la sendiri"..
Puas hatikah kita dengan jawapan2 yang diberikan?

Itu dulu..
But nowadays.. kita dah ada anak.. dan sewaktu umur Faizeen 5 tahun, die dah pernah tanya soalan sebegini pada aku.. dan aku semestinya tak nak mengulangi jawapan2 "tak puas hati" yang pernah diberikan pada aku suatu ketika dulu.

Well parents, apa jawapan yang patut kita berikan?
1st of all, be realistic. Come on la.. anak2 sekarang pemikirannya tak sama dengan anak2 zaman dulu. Agak2nya kalau kita cerita pada anak, baby tu ade dalam perut ibu, lepas ibu dipatuk ular, anak2 boleh terima tak? And please.. janganlah berbohong pada anak kerana mereka akan ingat pembohongan kita itu untuk seumur hidup mereka..

Apepun, parents perlulah ade ilmu pengetahuan supaya dapat memberikan jawapan yang terbaik utk anak2.. I'm not saying that I'm the best, but I try the best..

Macam Faizeen, aku gunakan VCD sebagai medium pembelajaran secara tidak langsung. Ooopss.. bukan sebarangan VCD, tp dari set Petanda Maha Pencipta yang memuatkan 6 keping VCD termasukla VCD Keajaban Al-Quran yang mengandungi video proses kejadian manusia. Kita sebagai ibu atau bapa pun, kenalah sedikit sebanyak memberi penerangan yang lebih jelas dengan gaya bahasa yang mudah difahami oleh anak tu.. Contoh yang paling mudah, sewaktu gambar sperma ditayangkan, aku terangkan pada anak, sperma seperti tadpoles tu adalah benih dari orang lelaki seperti abah. Sewaktu proses baby tu nak berlaku, berjuta2 sperma akan berenang menuju ke telur atau ovum, yang terdapat dalam badan perempuan seperti ibu. Tapi dalam banyak2 tu, hanya sperma yang kuat, yang gagah perkasa macam superman tu (masukle unsur2 fiksyen sket..heheh) yang boleh tembus masuk dalam telur tu. Haaa.. bila sperma dan telur tu dah bercantum, barulah baby akan jadi.. Baby tu akan duduk dalam perut ibu selama lebih kurang 9 bulan. Pastu barulah baby tu boleh keluar dari dalam perut.. Finally, selitkanlah jugak ilmu2 ketauhidan.. betapa hebatnya ciptaan Allah tu, yang tak mampu dilakukan oleh sape2 pon..

Alhamdulillah Faizeen faham apa yang cuba aku sampaikan sebab lepas tu, dia boleh ceritakan balik bagaimana datangnya baby pada abah dia pulak. Dan aku tak menghadapi kesulitan lagi bila suatu hari lainnya pulak, Faizeen bertanya "Ape itu mati pucukk??!!"
Mulberi
Erkk.. Janganla salah anggap lak.. ni tak de kaitan dengan mereka yang masih hidup.. atau pun yang telah meninggal dunia..
Actually spagetti jenama Buitoni dah termasuk dalam list boikot keluarga kami.. Tapi hari tu ade beli buat stok (sebelum kempen boikot barangan Israel & sekutunya), so hari ni merupakan hari terakhir spagetti jenama tersebut berada dalam rumah kamii.. Nak buang, sayang lak.. So kasik perabih dulu laa.. Ni lah hasilnya.. Spagetti simple yang menggunakan ape saje yang ade dalam peti ais rumahku itu

Mulberi

Minggu ni, aku jumpa 2 kawan..
1st.. Jumaat malam mengatur semula pertemuan dengan kekasih lama.. hehe.. takla.. nk kena belasah dengan cik abangku???!! Actually jumpa dengan seorang sahabat se-state, se-universiti, se-fakulti se-course dan se-kuliah.. Kisah zaman muda2 dulu le ni.. ehe.. Aku mula kenal die mase mengikuti program BTN lepas SPM dulu. Tp tak sangka lak lepas tu kami ditakdirkan untuk berjumpa lagi diprogram matrikulasi di Kulim. Then..sama course di sebuah IPT di Selangor (cewahh.. nak cover le kununn).. Mulanya aku dengan dia takla rapat sangat, sebab dia ni jenis yang kalau bercakap, agak sinis orangnye.. Tp lepas graduate, kebetulan dia call aku sebaik saja aku baru keluar hospital selepas menjalani pembedahan.. Bermula dari saat tu la, kami jadi agak rapat dan urusan pertunangan hinggalah ke majlis perkahwinan aku, dialah yang banyak membantu.. Thanx Na...
.
Huduhnye muka aku mase niii kan.. Kebetulan dia sedang ber out-station di JB, so kami pun jumpa balikla.. Walaupun masing2 dah jadik bini + mak orang, tapi perangai gila2 mase study dulu masih terbawak2 lagiii ..heheheh.. Anak2 aku tumpang gelak je dengar cerita2 kami

Pertemuan ke-dua..
Petang tadi aku jumpa lak dengan seseorang yang ku kenali dari forum cari.. Iaitu singamerah dari board stock & economy.. Nick je nampak garang.. Tp orangnya sweet, ayu & lemah lembut. Actually ni pertemuan kami yang ke-3.. maklumla atas urusan .. emm.. urusan ape ekk.. sape2 yang selalu ke board stock & economy, tau la siapa singamerah di sana.. Gambo??.. rasenye tak yah la.. kang ramai lak yang nak berkenalan dengan dia.. sebab still single.. eheeee..
Mulberi
Tengahari ni je.. ade dua perisiwa yang berlaku..

Tadi aku masak ikan asam pedas untuk makan tengahari.. Sambil2 tu, aku pon mula bersiap, pakai tudung nak amik Faizeen kat sekolah.. Balik dari sekolah, aku nampak ade sorang mamat bermotor masuk dalam kawasan rumah aku (biase aku tak kunci pagar, sebab sekolah tak jauh sangat dari rumah)..
Pelik gak aku, sape lak mamat ni.. Alih2 je masuk kawasan rumah aku.. Aku pon keluar kereta, tanye ade ape hal.. Pastu mamat tu cakap, die nak potong letrik sebab dah 4 bulan tak bayar!
Biar betullll!!!! Aku tiap2 bulan dok transfer duit bayar bil secara online, tak pernah lagi tertunggak.. Mamat tu pon tunjukkan surat merah dari TNB.. Baca punye baca, tengok nombor rumah lain.. Apparaa mamat ni.. Sah2 kat situ tulis nama ownernye Indian.. Nombor rumah pon jauh panggang dari api, takde persamaan langsung.. Terang2 kat dinding rumah aku tu ade nombor rumah! Huhu nasib baikla aku cepat balik tadi.. Kalau tak, mau bergelap kiteorg hari ni.. Akanku saman TNB tu!

Mamat tu pon mula menggelabah, termalu-maluan.. Lepas mintak maaf, die pon pergi.. maka serentak dengan itu juga, baru aku teringat yang aku masak asam pedas tadi.. dan terlupa nak tutup api!!!
Huhu.. dengan langkah panjang, berlarilah aku ke dapurrr.. Fuhh.. Alhamdulillah ikan asam pedasku masih dalam berkeadaan baik,.. Cuma kuahnye dah tinggal separuh dari asal. Mujurlah ku guna api kecik je.. Kalau tak, mau rentung rumahku tadiiii

The moral from the story..
1. Bayarlah bil letrik anda supaya tidak dipotong.. dan pastikan nombor rumah anda tertera dengan terang dan jelas 
2. Pastikan api dapur ditutup sebelum anda bersiap atau bermekap.. kerana dikhuatiri keterlupaan.. Kecuaian membawa padah! Huhuuuu
Mulberi
Malam ni, godek2 tenet (Cik Abang sayang takdek kat rumah, so rase boring lak)
Dok google2, jumpe lak satu blog kepunyaan seorang model, Hanis Zalikha dengan posting yang cukup menarik, iaitu Senarai Kesyukuran.. Hmm.. so aku pon nak buat senarai kesyukuran aku.. supaya aku dapat mengingatkan diri aku sendiri cukupkah syukurku selama ini..

1. Aku bersyukur aku seorang aku.. bukan orang lain
2. Aku bersyukur aku dah kawin, sedangkan masih ada kawan2 seusiaku atau lebih, masih belum bertemu jodoh
3. Aku bersyukur aku dah punyai seorang putera & seorang puteri
4. Aku bersyukur dapat seorang suami yang baik & penyayang
5. Aku bersyukur dapat suami yang pendiam, so kami tak pernah bergaduh
6. Aku bersyukur aku masih ada ayah, walaupon ibu dah hampir 5 tahun pergi
7. Aku bersyukur kesihatanku masih bagus
8. Aku bersyukur mata aku ok lagi, tak rabun
9. Aku bersyukur dapat jaga anak2 dan suami sepenuh masa
10. Aku bersyukur aku seorang graduated housewife
11. Aku bersyukur aku masih hidup hingga ke hari ini, even aku pernah hampir mati lemas
12. Aku bersyukur dapat anak2 yang petah, cerdik walaupon kadang2 memeningkan dan menaikkan darah aku
13. Aku bersyukur aku ade lesen kereta
14. Aku bersyukur aku dan family dapat duduk dalam rumah yang selesa walaupun masih menyewa
15. Aku bersyukur tuan rumahku tak banyak songeh
16. Aku bersyukur jiran2ku bukan jenis yang busy body
17. Aku bersyukur ade jiranku yang  bela anjing.. huhu.. so kalau ade ape2 yang mencurigakan kat area kami, anjing tu leh kasi warning
18. Aku bersyukur aku dok kat JB
19. Aku bersyukur kebanyakan resepi yang aku try, menjadikk..
20. Aku bersyukur suamiku selalu jadi perunding imej aku tiap kali aku nak beli baju atau tudung
21. Aku bersyukur suamiku slalu support ape yang aku nak buat
22. Aku bersyukur walaupon aku tak cantik, badan tak slim, tp Allah bagi aku wajah dan badan yang sempurna.. tiada cacat celanya
23. Aku bersyukur aku jumpa blog Hanis tu
24. Aku bersyukur aku dapat buat blog
25. Aku bersyukur jari2ku ni masih mampu bergerak, menaip
26. Aku bersyukur dapat layan internet tanpa batasan.. muahaha
27. Aku bersyukur jadi rakyat Malaysia
28. Aku bersyukur ade adik beradik yang ramai
29. Aku bersyukur jadi mak sedare feveret anak2 sedare aku
30. Aku bersyukur aku pernah dihantar bekerja ke India selama 2 bulan, dan merasakan betapa bertuahnya aku punyai negara seperti Malaysia
31. Aku bersyukur aku dapat ramai kawan kat forum
32. Aku bersyukur korang belum berenti baca senarai kesyukuran aku.. heheh
33. Aku bersyukur dapat breastfeed anak2 aku sampai umo dieorg 2 tahun
34. Aku bersyukur aku boleh mengaji Quran, dan ajar anak2 aku mengaji lak
35. Aku bersyukur suamiku tak pernah lempang atau sepak aku
36. Aku bersyukur aku ade tahi lalat kat tepi hidung dan atas bibir
37. Aku bersyukur cincin kawen aku muat lagi
38. Aku bersyukur suami, anak2 dan ahli keluarga aku yang lain sihat sejahtera
39. Aku bersyukur Allah masih memberi byk nikmatNYA padaku
40. Aku bersyukur dapat hidup dalam negara yang aman
41. Aku bersyukur suamiku akan cium dulu pipi, dahi, bibir dan peluk aku erat2 setiap kali dia nak pergi kerja
42. Aku bersyukur lidahku masih dapat mengungkap "Alhamdulillah"
43. Aku bersyukur dapat kongsi senarai kesyukuran ni dengan orang lain pulak
44. Aku bersyukur adakalanya aku menangis kesedihan, anak2 aku bertanya "kenapa ibu menangis?" lalu mengambil tisu atau saputangan mengelap airmata aku
45. Aku bersyukur sebab banyak perkara yang harus aku syukurkan dan senarai ini takkan habis walupun 1000 tahun aku menulisnya.. Jadi wajarkah aku mengeluh atau merungut andai ada ketidaksempurnaan???

Lastly, bak kate Hanis Zalikha "Andaikata saya diuji.. dan salah satu dari nikmat di atas ditarik dari saya, saya bersyukur saya masih boleh kata, at least saya masih ada 44 perkara untuk disyukuri. Kongsi kesyukuran anda kerana kesyukuran anda mampu jadi inspirasi untuk orang lain. So, apa yang anda syukuri?"
Mulberi
Tadi Faizeen balik dari sekolah, terus tanya.." kenapa manusia berasal dari monyet?"
Terdiam aku kejap.. Fuhh.. jenuh mak ni nak menjawab soalan tu..
"Mane ade.." Ni jawapan nak lari dari kenyataan..
"Iyeeee.. Tadi kat skolah cikgu cakap camtu!" Bersungguh2 dia jawab.
Alahaii.. Ape la cikgu ni tak explain byk2 sket.. kan dah jenuh aku nak pikir
" Err.. susah ibu nak terangkan.. Sebenarnya dulu2, ade sorang omputeh ni, namanye Charles Darwin.. Dia buat kajian camne manusia tu terjadi. Pastu die tgk rupe monyet tu, ade sket2 cam rupe manusia.. Terus la die cakap manusia tu berasal dr monyet!Tu dinamakan Teori Evolusi Charles Darwin. Tapi sbrnya bukan.. Org Islam tak boleh pikir camtu" Huhu.. berpeluh2 paler otak aku ni nak mengingat fakta.. Ni dulu belajar dalam subjek Sejarah dan Agama Islam, tak silap aku la.. Dah berkurun ku tinggalkan nota2 tu semua.. heheh
" Ye keee.." Dia jawab, huhu.. cam tak caya je kat aku
"Sape manusia pertama yang Allah ciptakan?"
"Nabi Adam"
"Nabi Adam tu monyet ke?" Aku gasak die lak.. kehkeh
Dia geleng kepala, sambil tersenyum2.
"So betul ke manusia tu berasal dari monyet?"
Dia geleng kepala lagi.. Kemudian terus amik tuala, masuk bilik air..
Fuhhhh.. lega.. Betapa susahnya menjadi seorang ibu pada abad iniiii 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...