Mulberi
Malam ni, godek2 tenet (Cik Abang sayang takdek kat rumah, so rase boring lak)
Dok google2, jumpe lak satu blog kepunyaan seorang model, Hanis Zalikha dengan posting yang cukup menarik, iaitu Senarai Kesyukuran.. Hmm.. so aku pon nak buat senarai kesyukuran aku.. supaya aku dapat mengingatkan diri aku sendiri cukupkah syukurku selama ini..

1. Aku bersyukur aku seorang aku.. bukan orang lain
2. Aku bersyukur aku dah kawin, sedangkan masih ada kawan2 seusiaku atau lebih, masih belum bertemu jodoh
3. Aku bersyukur aku dah punyai seorang putera & seorang puteri
4. Aku bersyukur dapat seorang suami yang baik & penyayang
5. Aku bersyukur dapat suami yang pendiam, so kami tak pernah bergaduh
6. Aku bersyukur aku masih ada ayah, walaupon ibu dah hampir 5 tahun pergi
7. Aku bersyukur kesihatanku masih bagus
8. Aku bersyukur mata aku ok lagi, tak rabun
9. Aku bersyukur dapat jaga anak2 dan suami sepenuh masa
10. Aku bersyukur aku seorang graduated housewife
11. Aku bersyukur aku masih hidup hingga ke hari ini, even aku pernah hampir mati lemas
12. Aku bersyukur dapat anak2 yang petah, cerdik walaupon kadang2 memeningkan dan menaikkan darah aku
13. Aku bersyukur aku ade lesen kereta
14. Aku bersyukur aku dan family dapat duduk dalam rumah yang selesa walaupun masih menyewa
15. Aku bersyukur tuan rumahku tak banyak songeh
16. Aku bersyukur jiran2ku bukan jenis yang busy body
17. Aku bersyukur ade jiranku yang  bela anjing.. huhu.. so kalau ade ape2 yang mencurigakan kat area kami, anjing tu leh kasi warning
18. Aku bersyukur aku dok kat JB
19. Aku bersyukur kebanyakan resepi yang aku try, menjadikk..
20. Aku bersyukur suamiku selalu jadi perunding imej aku tiap kali aku nak beli baju atau tudung
21. Aku bersyukur suamiku slalu support ape yang aku nak buat
22. Aku bersyukur walaupon aku tak cantik, badan tak slim, tp Allah bagi aku wajah dan badan yang sempurna.. tiada cacat celanya
23. Aku bersyukur aku jumpa blog Hanis tu
24. Aku bersyukur aku dapat buat blog
25. Aku bersyukur jari2ku ni masih mampu bergerak, menaip
26. Aku bersyukur dapat layan internet tanpa batasan.. muahaha
27. Aku bersyukur jadi rakyat Malaysia
28. Aku bersyukur ade adik beradik yang ramai
29. Aku bersyukur jadi mak sedare feveret anak2 sedare aku
30. Aku bersyukur aku pernah dihantar bekerja ke India selama 2 bulan, dan merasakan betapa bertuahnya aku punyai negara seperti Malaysia
31. Aku bersyukur aku dapat ramai kawan kat forum
32. Aku bersyukur korang belum berenti baca senarai kesyukuran aku.. heheh
33. Aku bersyukur dapat breastfeed anak2 aku sampai umo dieorg 2 tahun
34. Aku bersyukur aku boleh mengaji Quran, dan ajar anak2 aku mengaji lak
35. Aku bersyukur suamiku tak pernah lempang atau sepak aku
36. Aku bersyukur aku ade tahi lalat kat tepi hidung dan atas bibir
37. Aku bersyukur cincin kawen aku muat lagi
38. Aku bersyukur suami, anak2 dan ahli keluarga aku yang lain sihat sejahtera
39. Aku bersyukur Allah masih memberi byk nikmatNYA padaku
40. Aku bersyukur dapat hidup dalam negara yang aman
41. Aku bersyukur suamiku akan cium dulu pipi, dahi, bibir dan peluk aku erat2 setiap kali dia nak pergi kerja
42. Aku bersyukur lidahku masih dapat mengungkap "Alhamdulillah"
43. Aku bersyukur dapat kongsi senarai kesyukuran ni dengan orang lain pulak
44. Aku bersyukur adakalanya aku menangis kesedihan, anak2 aku bertanya "kenapa ibu menangis?" lalu mengambil tisu atau saputangan mengelap airmata aku
45. Aku bersyukur sebab banyak perkara yang harus aku syukurkan dan senarai ini takkan habis walupun 1000 tahun aku menulisnya.. Jadi wajarkah aku mengeluh atau merungut andai ada ketidaksempurnaan???

Lastly, bak kate Hanis Zalikha "Andaikata saya diuji.. dan salah satu dari nikmat di atas ditarik dari saya, saya bersyukur saya masih boleh kata, at least saya masih ada 44 perkara untuk disyukuri. Kongsi kesyukuran anda kerana kesyukuran anda mampu jadi inspirasi untuk orang lain. So, apa yang anda syukuri?"
1 Response
  1. kakngah Says:

    44. Aku bersyukur adakalanya aku menangis kesedihan, anak2 aku bertanya "kenapa ibu menangis?" lalu mengambil tisu atau saputangan mengelap airmata aku
    ^
    ^
    ^
    aku pun sama......


Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...